Urus anak kecil ketika berjalan lebih mudah, Thule perkenal tiga kerusi keselamatan baharu

Iklan

KELUAR berjalan bersama anak kecil memang menyeronokkan, tetapi persediaannya kadangkala boleh menguji kesabaran ibu bapa.

Daripada memastikan keperluan si kecil mencukupi hinggalah menguruskan kerenah mereka sepanjang perjalanan, semuanya memerlukan perhatian.

Iklan
Iklan

Antara perkara yang tidak boleh dipandang ringan ialah penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Bukan sekadar menyediakan tempat duduk untuk anak, ibu bapa juga perlu memastikan kedudukan dan tali keledar dipasang dengan betul setiap kali memulakan perjalanan.

Malah, urusan menjadi lebih mencabar apabila anak tertidur di dalam kereta. Ibu bapa pastinya mahu mengelakkan si kecil terjaga ketika perlu mengalihkannya selepas tiba di destinasi.

Iklan

Perkara itu antara aspek yang diketengahkan dalam Thule Expo 2026 di JioSpace, Petaling Jaya, yang turut memberi perhatian kepada keperluan keluarga dengan anak kecil.

Pengurus Produk Thule, Ahmad, berkata pengalaman menguruskan anak sendiri turut memberi perspektif berbeza dalam memahami keperluan ibu bapa.

Iklan

"Sebagai bapa kepada dua anak kecil, saya tahu betapa mencabarnya untuk meletakkan anak di kerusi keselamatan. Sebab itu kami membangunkan fungsi yang boleh membantu memudahkan urusan tersebut," katanya.

Menurut Ahmad, keselesaan ibu bapa juga perlu diambil kira, terutama ketika mengangkat kerusi keselamatan bayi.

Beliau menjelaskan, reka bentuk tertentu mengambil kira keadaan wanita selepas bersalin yang mungkin masih dalam proses pemulihan, sekali gus menjadikan kemudahan mengangkat dan mengendalikan kerusi antara perkara yang perlu diberi perhatian.

Dalam acara berkenaan, Thule turut memperkenalkan tiga rangkaian kerusi keselamatan iaitu Maple, Elm dan Palm yang merangkumi keperluan bayi hingga kanak-kanak lebih besar.

Antara perkara yang ditunjukkan menerusi demonstrasi ialah penggunaan kerusi bayi bersama kereta sorong serta fungsi putaran pada kerusi kanak-kanak bagi memudahkan ibu bapa meletakkan si kecil.

Ahmad turut mengingatkan bahawa kedudukan anak ketika berada di dalam kenderaan perlu disesuaikan dengan panduan keselamatan yang ditetapkan.

"Ketika memandu, kita perlu memastikan anak berada pada posisi yang selamat. Keselesaan penting, tetapi keselamatan tetap perlu menjadi keutamaan," ujarnya.

Sekadar makluman, Thule Expo 2026 menghimpunkan kira-kira 180 tetamu termasuk pengedar dari Asia Pasifik, rakan perniagaan dan wakil media. Selain demonstrasi, pengunjung turut berpeluang melihat beberapa produk berkaitan aktiviti dan perjalanan bersama keluarga.