41 tahun berbakti, SJMC terus perkasa kesihatan komuniti, taja 41 pemeriksaan mamogram 3D percuma

Iklan

Kesihatan bukan sekadar tanggungjawab individu, sebaliknya memerlukan sokongan dan kesedaran seluruh komuniti. Daripada mengamalkan gaya hidup aktif hinggalah menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala, setiap langkah kecil mampu membawa perubahan besar terhadap kesejahteraan hidup.

Semangat itulah yang dibawa Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) menerusi program komuniti sempena ulang tahun ke-41 penubuhannya, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Meskipun keadaan jerebu menyebabkan acara larian santai sejauh 3 kilometer (km) dan larian kompetitif 10km bagi SJMC Run 2026 terpaksa dibatalkan, usaha menggalakkan masyarakat mengutamakan kesihatan tetap diteruskan.

Iklan

Sebagai alternatif, pelbagai aktiviti kesihatan dan kesejahteraan, persembahan langsung serta permainan karnival dianjurkan di dalam premis hospital bagi menghimpunkan keluarga dan penduduk setempat.

Lebih bermakna, SJMC turut mengambil peluang menyumbang kepada usaha pengesanan awal kanser payudara menerusi penajaan 41 pemeriksaan mamogram 3D secara percuma kepada wanita yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.

Iklan

Inisiatif dengan kerjasama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, YB Michelle Ng Mei Sze itu dilaksanakan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Asia OneHealthcare merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SJMC dan Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC), Bryan Lin berkata, usaha menjaga kesihatan masyarakat tidak seharusnya terhenti di dalam persekitaran hospital.

“Walaupun kita tidak dapat berlari bersama-sama pada hari ini, matlamat kita tetap sama, iaitu menyokong komuniti yang lebih sihat melalui penjagaan kesihatan pencegahan.

“Selama lebih 40 tahun, komitmen kami melangkaui tembok hospital menerusi pelbagai inisiatif yang membolehkan kami terus menjalin hubungan dengan keluarga pada pelbagai peringkat kehidupan,” katanya.

Menurut Bryan, kepercayaan masyarakat Subang Jaya menjadi antara faktor penting perkembangan SJMC sehingga berkembang sebagai hospital kuaternari yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Beliau turut menegaskan kepentingan pemeriksaan kesihatan, pendidikan dan pengesanan awal bagi membantu masyarakat mengambil tindakan sebelum sesuatu masalah kesihatan menjadi lebih serius.

Sementara itu, Michelle menyifatkan penajaan mamogram tersebut sebagai peluang membantu lebih ramai wanita mendapatkan pemeriksaan yang mungkin sukar diakses sebelum ini.

“Inisiatif ini akan membantu wanita yang menghadapi halangan untuk menjalani pemeriksaan saringan payudara mendapatkan akses kepada pemeriksaan kesihatan yang penting,” katanya.

Dalam usaha memperkukuh perkhidmatan, SJMC turut memperluas keupayaan dalam bidang kompleks termasuk pemindahan organ serta rawatan multidisiplin yang menggabungkan kepakaran pelbagai bidang perubatan.

Kerjasama dengan ADMC juga membolehkan kedua-dua pusat perubatan berkongsi kepakaran dan menyelaraskan penjagaan pesakit dengan lebih menyeluruh.

Bagi SJMC, perjalanan selama 41 tahun bukan sekadar tentang perkembangan sebuah institusi perubatan, tetapi juga usaha berterusan memastikan masyarakat mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan yang lebih baik.