Selamat diijab kabul, Nina Ismail Sabri sah isteri Hafiz Osman dengan sekali lafaz

Iklan

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri yang selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Hafiz Osman, semalam.

Dinikahkan sendiri oleh bapanya, Nina sah bergelar isteri kepada Hafiz hanya dengan sekali lafaz dan menerima seutas rantai emas sebagai mas kahwin.

Iklan
Iklan

Memilih busana sedondon serba putih, pasangan itu diraikan dalam majlis akad nikah di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Iklan

Pemilik nama sebenar, Nina Sabrina Ismail Sabri yang berkongsi 'repost' suasana majlis menerusi Insta Story tampil anggun memakai busana pengantin potongan duyung dan veil yang berpotongan panjang.

Iklan

Artikel berkaitan:

‘Kami tidak mungkin membenci.’ Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri bercerai, ikatan perkahwinan 10 tahun terlerai

'Biar tak berkuasa jangan tak berprinsip', 5 fakta menarik Nina Ismail Sabri paling diingati

Anak menantu Perdana Menteri sumbang duit jualan mask, turun padang sendiri bantu golongan memerlukan

Kehadiran permata hati tunggalnya, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun sebagai flower girl dalam perarakan masuk Nina ke ruang dewan menjadi perhatian.

Manakala, Dafi kelihatan membawa masuk dulang hantaran diikuti Ismail Sabri dan isteri Datuk Seri Muhaini Zainal Abidin yang sedondon dalam busana perang muda.

Terdahulu, Hafiz telah memuat naik satu video di Instagram memaparkan momen bahagia ketika beliau melamar Nina.

Ujar Hafiz, pameran seni itu sebenarnya adalah sebahagian daripada rancangannya untuk melamar Nina pada 21 September lalu.

Sekadar info, Nina pernah berkahwin dengan pereka fesyen dan usahawan terkenal, Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013 namun berpisah pada Ogos 2022.

Sumber: Instagram