'Markah paling tinggi Pendidikan Islam...,'Bella Astillah bangga anak sulung raih pencapaian cemerlang

Iklan

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah, tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila anak sulungnya, Ayden Adrean, berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan tahun satu baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabeela Awang Astillah turut berkongsikan detik gembira itu di Instagram miliknya penuh dengan rasa syukur.

"Bangga dengan kesayangan (Ayden) saya..,"titip Bella.

Iklan

Bella yang popular dengan lagu OST Diari Ramadhan Rafique memaklumkan Ayden berjaya meraih markah 94% dalam subjek Pendidikan Islam menjadikan pencapaian tertinggi antara semua subjek.

Dalam perkongsiannya, Bella yang kini berusia 30 tahun, turut menitipkan doa agar anak lelakinya kekal komited dalam pelajaran dan membesar menjadi anak soleh yang membanggakan keluarga. Detik ini turut menjadi kenangan manis buat Bella sebagai ibu.

Iklan

"Markah paling tinggi ialah Pendidikan Islam. Semoga terus belajar rajin-rajin dan menjadi anak lelaki yang baik akhlaknya. Insya-ALLAH," ujarnya.

Sekadar makluman, Ayden merupakan anak pertama Bella bersama bekas suaminya, Aliff Aziz. Hasil perkahwinan tersebut mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan comel,Ara Adreanna yang kini berusia empat tahun.

Walaupun Bella kini menjalani kehidupan solo selepas bercerai buat kali kedua pada Jun 2024, beliau kekal tabah dan terus fokus pada kebahagiaan anak-anaknya.

Tahniah buat Ayden dan Bella! Memang inspirasi ibu bapa lain di luar sana.