"DENGAN rumah saya ok. Anda cubalah, harap membantu."
Demikian kongsi pengguna laman sosial TikTok, Nurul Atyra yang menggunakan teknik mudah menghalang air banjir memasuki ruang rumah.
Dalam keadaan semasa banjir kilat yang kerap terjadi akhir-akhir ini, tip digunakan wanita ini sangat membantu.
Menerusi video tersebut, kepingan papan digunakan sebagai penghadang air banjir separas buku lali.
Difahamkan penghadang banjir itu adalah ideanya sendiri dan dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika air banjir belum memenuhi pekarangan rumah.
"Rumah saya selalu dimasuki air (banjir). (Untuk mengelakkan ia berulang), saya lekatkan papan yang sama saiz dengan pintu dan dilekatkan dengan menggunakan tanah liat permainan kanak-kanak (plastisin).
"Jadi, air tidak masuk ke dalam rumah, selamatlah sofa dan perabot semua.
"Selamatlah daripada mengemop lantai," kongsinya.
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata tertarik dengan kreativiti wanita itu dan mengakui keberkesanannya untuk menghalang air masuk ke rumah semasa banjir.
Menerusi ruangan komen, tidak kurang warganet bertukar-tukar pendapat memberikan idea menggunakan material lain yang lebih kuat seperti silikon.
Artikel berkaitan:
- [VIDEO] Idea’ genius’ elak air banjir masuk rumah tular, guna kaca gentian hadang pintu
- Idea ‘genius’ penghadang banjir tular, tuan rumah dipercayai guna beg pasir elak air masuk
- ‘Hebatnya kuasa ALLAH.’ Ini kisah sebenar sejadah, karpet imam surau tidak tersentuh air banjir
- Allahuakbar! Arus terlalu deras, tak sempat tambah tali penambat, houseboat 1.2 juta milik usahawan wanita hanyut di Sungai Kelantan
"Pintu bilik air pun kena buat juga kerana ada air boleh masuk melalui saluran bilik air dan tandas."
"Saya gunakan mozek dan glue gun. Bilik tidur saya selamat walaupun dapur dan ruang tamu air dimasuki air."
Pada tahun-tahun sebelum ini, ramai yang berkongsi idea mengelak limpahan air banjir masuk ke dalam ruang kediaman menggunakan kepingan kaca gentian dan benteng beg berisi pasir.
Sumber: TikTok