'Saya terlalu muda ketika itu...' Zahnita kongsi luahan derita, rasa seperti hamba, bertahan demi anak

Iklan

SELEPAS berkahwin, bekas peragawati dan pelakon Zahnita Wilson dilihat bahagia.

Iklan
Iklan

Kerap berkongsi video memasak dan hobinya bermain roller blade menerusi Instagram, siapa sangka hakikatnya bekas selebriti berusia 39 tahun itu sedang menanggung derita didera emosi serta fizikal.

Malah tindakan nekadnya memuat naik foto memaparkan bahagian mata yang lebam baru-baru ini adalah kerana beliau sendiri tidak dapat bertahan lagi.

Iklan

Bernikah dengan Abdul Zackery Ghouse, 43, pada tahun 2005, Zahnita mengakui selama ini beliau kekal dalam rumah tangga adalah demi anak-anaknya selain menyifatkan dirinya masih terlalu muda ketika itu.

Tutur Zahnita menerusi temu bual eksklsif, suaminya sudah mula ‘naik tangan’ sejak awal perkahwinan lagi.

Iklan

Cuba berfikiran positif, Zahnita berharap agar suaminya itu akan berubah. Namun malangnya, hanya pada usia perkahwinan yang sudah memasuki usia 13 tahun Zahnita mula menyedari situasi sebenar rumah tangga dan siapa orang yang sedang dihadapi.

"Sangat sukar untuk keluar daripada keadaan itu kerananya kecuali dengan mendedahkan diri saya dalam keadaan tidak selamat.

"Saya perlu menyelamatkan diri dan tidak boleh berdiam diri sahaja.

"Saya doa minta kepada ALLAH beri jalan keluar dari rumah itu dan akhirnya saya berjaya," kongsinya dalam sebak.

"Emotional abuse, a lot of manipulation, potray me as I’m a bad mother, you are not a good mother.

"That why I lepaskan my career,” luah Zahnita sebak.

Dalam pada itu, wanita kacukan kacukan Melayu dan New Zealand itu merasakan dirinya seperti hamba dalam perkahwinan dan kerap mempersoalkan tindakan suami melayaninya seperti itu.

Malah pada tahun lalu, beliau sudah tidak mampu memegang tangan suami. Malah dakwa Zahnita, lelaki itu memandang rendah pada dirinya.

"Saya mengalami slip disc kerana terlalu tertekan dan selalu mengangkat barang berat.

"Sampaikan saya merayu kepada suami agar melepaskan saya dan berjanji tidak melaporkan kepada polis atas apa yang dilakukannya," katanya dalam tangisan.

Sebak dan dalam keadaan air mata bergenang, Zahnita mengakui masih trauma dan bimbang nasibnya selepas tempoh reman suaminya itu tamat.

Model yang sering muncul menerusi ruangan fesyen majalah Pesona Pengantin, Nona dan Keluarga terbitan Karangkraf itu hanya berserah kepada ALLAH.

Zahnita juga berpesan kepada para isteri yang senasib dengannya bahawa jalan keluar itu tetap ada daripada belenggu perkahwinan toksik.

Memandang ke depan, wanita itu enggan berpaling lagi.

"Saya menerima takdir ini dan mungkin membuat keputusan yang salah. Jangan putus asa, cari jalan untuk keluar dan usah simpan terlalu lama.

'Saya akan kembali 10 kali ganda lebih kuat, insya-ALLAH," katanya.

Zahnita terima hak hadanah interim empat anak

Zahnita yang hadir ke mahkamah Tinggi Syariah Kuantan hari ini bagi menghadiri prosiding hak hadanah empat anaknya.

Hakim Borhan Hussin memutuskan hak interim tersebut diberikan selama 30 hari bermula hari terhadap tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia antara 4 hingga 18 tahun.

Suaminya, Abdul Zackery dihadapkan di Mahkamah Majistret semalam dan menghadapi dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dan menggunakan dadah.

Sumber: YouTube Melodi