Inspirasi! Najwa Latif kini pensyarah UiTM. 'Tak perlu mengejar glamour...'

Iklan

IKUT resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.

Itulah peribahasa tepat ditujukan kepada penyanyi Najwa Latif. Penulis benar-benar berasa bangga melihat pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif, 29, itu kini menjawat pensyarah di Fakulti Pendidikan, Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Iklan
Iklan

Umum mengetahui, tidak mudah menempatkan diri sebagai pensyarah di universiti awam, kejayaan pelantun Cinta Muka Buku itu menjadi tular di laman sosial.

Iklan

Najwa yang merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar dan sarjana bidang yang sama dari Universiti Malaya terus melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Iklan

Najwa yang mesra disapa Wawa terdahulu terpaksa berhenti bekerja sebagai pensyarah buat sementara selepas berdepan kesulitan untuk melakukan kedua-duanya dalam satu masa.

Artikel berkaitan:

Menerusi carian SinarPlus, isteri kepada komposer Akwa Ariffin itu menjawat jawatan tetap pensyarah bermula 15 Oktober 2024 dan berkepakaran dalam bidang TESL, pengajian dalam talian, dan pendidikan bahasa abad ke-21.

Najwa terdahulu popular sejak 2010 selepas memuat naik lagu saduran ke YouTube iaitu Baby nyanyian Justin Bieber.

Pada Mac 2011, beliau telah menandatangani kontrak dengan NAR Records dan single rasmi pertamanya, Cinta Muka Buku, dikeluarkan pada Julai tahun yang sama.

Video muzik rasmi Cinta Muka Buku menerima lebih enam juta tontonan dalam masa enam bulan menjadikan ia video muzik yang paling banyak ditonton di Malaysia. Lebih manis lagi, lirik Cinta Muka Buku juga ditulis sementara lagu oleh kakak sulungnya, Syafiqa Latif.

Najwa yang sebelum ini pensyarah di UNITAR telah melangsungkan perkahwinan dengan rapper dan komposer Akwa Arifin pada 11 November 2022.