'All the best Uwais!' – Anak Shuib, Siti Sarah wakil Malaysia dalam kejohanan golf, rupanya main sejak usia 8 tahun

Iklan

PELAWAK terkenal tanah air, Shuib Sepahtu menitipkan kata-kata semangat buat anak sulungnya, Uwais Al-Qarni yang bakal berentap dalam kejohanan golf remaja berprestij, Malaysia International Junior Open (MIJO) 2026.

Menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkongsi ucapan penuh sokongan buat Uwais yang membawa nama Malaysia dalam kejohanan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menariknya, minat Uwais terhadap sukan golf sebenarnya sudah berputik sejak kecil, malah didorong oleh arwah Siti Sarah, selain bapa dan datuknya, pelakon veteran Raissuddin Hamzah.

Uwais sebelum ini berkongsi kepada Astro Arena bahawa Raissuddin ialah individu yang memperkenalkan teknik pukulan golf ketika berusia lapan tahun.

Iklan

Selepas melihat aksi pemain golf profesional, Tommy Fleetwood di televisyen serta menyaksikan sendiri datuknya melakukan pukulan, minatnya mula bercambah.

Iklan

"Mula-mula, saya tidak minat sangat main golf namun selepas tengok dalam TV, saya ingat lagi, idola saya pun, Tommy Fleetwood pukulannya nampak cantik. Kemudian saya rasa best juga layan golf ni.

"Saya juga tengok datuk pukul bola dan berasa tertarik dengan golf. Ketika pulang kami ke driving range, saya pun ambil kayu dan cuba buat pukulan.

"Arwah mak saya tanya, 'You minat ke main golf?'. Saya jawab minat depan ibu dan ayah. Sejak itu memang saya training golf. Alhamdulillah ayah saya support," kongsinya.

Foto: Ihsan Tanjong Puteri Golf and Resort

Dalam perkembangan lain, Uwais turut mengakui mempunyai kecenderungan dalam bidang seni.

Malah, sebelum adiknya, Thalita mula menunjukkan minat terhadap dunia muzik, Uwais terlebih dahulu mencuba bakat dalam bidang berkenaan.

Uwais ketika ditemu ramah Astro Arena pada Jun lalu

"Sebelum adik saya Talitha menyanyi lagi, saya terdahulu menyanyi dan bermain piano. Dia cakap dengan saya nak jadi penyanyi, saya kata okey," kongsinya.

Warganet terus memberikan semangat buat Uwais dan pasukannya

"Bangga dengan Uwais, anak kesayangan Siti Sarah. Alhamdulillah."

"Buat yang terbaik Uwais."

"Uwais boleh, good luck."

MIJO 2026 merupakan kejohanan golf remaja berprestij yang dianjurkan oleh Persatuan Golf Malaysia. Kejohanan bertaraf World Amateur Golf Ranking (WAGR) ini berlangsung di Tanjong Puteri Golf Resort, Johor sehingga 7 November ini dan mengumpulkan pemain golf remaja terbaik dari Malaysia serta pelbagai negara seperti Australia, Thailand, Indonesia dan Emiriah Arab.

Sekadar info, Uwais pemain yang aktif mewakili negeri Selangor dan bernaung di bawah program pembangunan kelab PKNS Elit. Bukan calang-calang, Uwais pernah mewakili Selangor ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)!

Untuk rekod, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum penyanyi itu meninggal dunia pada Ogos 2021 akibat Covid-19. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Shuib kemudian berkahwin dengan usahawan Watie Hanifiah dan dikurniakan anak perempuan, Akira Juwita Zahra, lapan bulan.

Sumber: Instagram, video Astro Arena