PERNAH tak berdepan dengan keadaan bila bangun pagi nak berdiri, tapak kaki terasa sakit apabila pijak lantai? Kadangkala sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit. Jika duduk dan tunggu dalam tempoh lama sedikit, baru hilang.
Keadaan ini berkaitan dengan penyakit radang fascia plantar kaki disebabkan oleh pemendapan kalsium pada tulang tumit dan tisu fascia yang dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.
Rasa sakit ini sering terjadi pada mereka yang berat badan sudah mula meningkat, bekerja berdiri dalam tempoh lama atau berjala lama, berumur 40 tahun ke atas dan mereka yang memakai kasut tumit tinggi.
Bagi mereka yang mengalaminya, anda tidak boleh membiarkan penyakit ini berterusan. Ini bagi mengelakkan anda mempunyai masalah berjalan atau mula mereka ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.
Oleh itu, memetik perkongsian Public Health Malaysia, terdapat beberapa cara yang sesuai untuk mengurangkan rasa sakit ini tanpa pengambilan sebarang ubat-ubatan atau pembedahan. Antaranya :-
1. Cengkam objek menggunakan jari kaki.
Rasa sakit tapak kaki lepas bangun tidur, rupanya petanda berat badan meningkat. Apa pula kaitan dengan kalsium? Elak berterusan, ikut tip ini!
Iklan