'Umi bukan tidak reda tetapi...' 3 tahun pemergian tragis Amir, wanita ini dedah kesihatan ibu merosot, diserang angin ahmar

Iklan

MASIHKAH anda ingat akan kisah tragis kanak-kanak bernama Zubaidi Amir Qusyairi yang maut dengan cara kejam di tangan bapa tiri.

Peristiwa hitam itu berlaku pada 29 Januari 2021, Allahyarham yang mesra disapa Amir ditemui meninggal dunia dalam sebuah tong air berketinggian 60.9 sentimeter di kediamannya keluarga di Melaka.

Iklan
Iklan

Biarpun pemergian Amir sudah tiga tahun berlalu, anak kecil itu sentiasa diingati ibu angkat, Norlida Hassan, 51.

Dengan keadaan kesihatan yang merosot susulan serangan angin ahmar, wanita yang dipanggil Umi oleh anak-anaknya itu terus menyatakan kerinduan buat Amir.

Iklan

Diserang angin ahmar kali pertama pada November 2021, total empat kali dan terbaru minggu lalu, anak Norlida, Tuhfah Nazirah Md Tarmidi, 25, mengatakan ibunya kini menunjukkan perubahan ketara.

"Serangan pada minggu lalu sangat memberikan impak kepada emosi Umi. Sehingga Umi menjerit dan meraung.

Iklan

"Keadaan Umi lain sangat. Sebelum ini dia mampu untuk bercakap dan tahu untuk menuturkannya.

Bagi mengubati kerinduan Norlida, mereka sekeluarga membawa wanita itu menziarahi pusara Allahyarham dan terbaru ialah pada minggu lepas.

"Harapan saya supaya Umi kuat. Kami tahu Umi bukan tidak reda tetapi entah apa yang terbuku di dalam hatinya.

Selain meneruskan rawatan susulan di hospital, Tuhfah berkata keluarga akan membawa Norlida untuk mendapatkan rawatan alternatif.

Baru-baru ini sebuah video yang dimuat naik di satu akaun TikTok memaparkan suami Norlida, Md Tarmidi Yaacub menenangkannya di sebuah hospital

Warga maya yang bersimpati memberikan kata-kata semangat agar Norlida dan keluarganya kuat menempuh dugaan.

TIGA BULAN DI TANGAN IBU KANDUNG, AMIR MAUT

Imbas kembali, keluarga Norlida telah mengambil Allahyarham Amir sebagai anak angkat sejak kanak-kanak itu berusia dua bulan dan difahamkan ibu kandung Amir adalah kawan sekampus anaknya sendiri.

Anaknya selalu menceritakan perihal ibu kandung Amir yang berdepan masalah kewangan dan lain-lainnya untuk membesarkan Amir dan di atas niat untuk membantu, Norlida berbesar hati untuk tolong menjaga si kecil itu tanpa meminta bayaran.

Malah, semua barang keperluan Amir akan diuruskan dan seluruh keluarga menatangnya bagai minyak yang penuh.

Sehinggalah pada tanggal 13 Oktober 2020, ibu kandung mengambil semula Amir untuk dijaga di Melaka.

Bagaimanapun, tidak sampai tiga bulan berada di bawah jagaan ibu kandung dan ayah tirinya, kanak-kanak malang itu didera hingga maut.

Hasil bedah siasat siasat menemukan luka baru sepanjang tiga sentimeter di bahagian kepala termasuk kesan luka baru dan lama di beberapa anggota badan.

Kematian Amir dilaporkan oleh bapa tirinya kepada pihak polis dengan mendakwa kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat lemas di dalam tong air.

Pada 10 Februari 2021, ibu kandung Amir, Zuraida Atan, bersama suaminya, Mohd Fadzli Abdul Razak, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan membunuh kanak-kanak berkenaan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001, pasangan berkenaan mengaku tidak bersalah.