'Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan ini.' Catatan Scha Al-Yahya buat arwah ibu undang air mata

Iklan

PEMERGIAN ibu tersayang 7 Disember lalu memberikan kesan yang besar buat pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya.

Meluahkan perasaan sedih dan kehilangan, isteri kesayangan Awal Ashaari itu sempat berkongsi catatan pilu menerusi laman sosial Instagram.

Iklan
Iklan

Pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya itu menzahirkan ucapan terima kasih atas kata-kata semangat dan ucapan takziah daripada pengikutnya.

"Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan ini, tapi saya ingin mengambil peluang ini untuk mengenang seorang wanita luar biasa yang telah memberikan Scha kehidupan, kasih sayang dan erti kekuatan.

Iklan

"Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan kata-kata semangat, dan doa diwaktu yang cukup mencabar ini.

Iklan

"Semangat yang diberikan mengingatkan Scha tentang kekuatan yang Allahyarhamah Junainah binti Hashim ada, sehingga nafas terakhirnya," kongsinya.

Berkongsi foto beliau dan ibunya dalam suntingan hitam putih, selebriti berusia 41 tahun itu juga mengenang jasa ibunya.

"Kepada mama tersayang, mama adalah cahaya pembimbing, orang kepercayaan dan my biggest cheerleader dan kawan baik saya.

"Saya akan membawa cinta, nilai dan tawamu dalam hati ini selama-lamanya.

"Semoga ALLAH merahmati roh mama dan menempatkan mama di syurga tertinggi. Tolong sertakannya dalam doa kalian," kongsinya.

Ibu Scha meninggal dunia susulan serangan jantung pada 9.40 pagi Sabtu lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.