KEBERANGKATAN Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra dan anakanda, Tengku Muhammad Johan Petra di khalayak ramai mengundang perhatian ramai.
Wajah terkini anakanda baginda berdua itu dikongsikan Che Puan Sofie Louis ketika menghadiri sebuah perlawanan bola keranjang di Kuala Lumpur semalam.
"Bersyukur kerana berpeluang menghadiri perlawanan akhir bola keranjang yang menarik ini.
"Kategori Wanita Terbuka Liga Alumni SBP 2024. Tahniah kepada juara,” tulisnya pada kapsyen.
Menerusi perkongsian Sofie Louise itu di Instagram, rata-rata memuji kecomelan Tengku Johan yang berambut perang dan dilihat sudah boleh berjalan.
Artikel berkaitan:
- Berserinya ibu hamil, Che Puan Sofie bakal bersalin Julai 2023
- Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Johansson Petra selamat lahirkan anakanda pertama
- Comel persis ayahanda, bonda, Tengku Muhammad Johan Petra putera menyerikan rumah tangga Tengku Mahkota, Che Puan Mahkota Kelantan
"Terasa macam baru jer lahir, rupanya sudah berjalan. Comel sangat."
"Cantiknya rambut Tengku Johan.”
"Subhanallah, comelnya.”
"So cute Tengku Johan dan bonda."
Sekadar info, Tengku Muhammad Johan Petra ialah putera sulung adinda Sultan Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra.
Putera cilik berdarah kacukan Sweden itu kepada diputerakan pada 17 Julai 2023 bersamaan 28 Zulhijjah 1444H, anakanda pertama baginda berdua dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Che Puan Sofie melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2019 selepas bertunang pada 14 Februari 2018.
Sumber: Instagram