Anak tertelan bateri terus bawa pergi hospital! Bahaya boleh buat nyawa melayang

Iklan

PANTANG jumpa apa-apa depan mata, mesti nak masukkan dalam mulut. Kes anak kecil tercekik sering terjadi dan keadaan amat merisaukan ibu bapa.

PANTANG jumpa apa-apa depan mata, mesti nak masukkan dalam mulut. Kes anak kecil tercekik sering terjadi dan keadaan amat merisaukan ibu bapa.

Antara kes yang sering terjadi ialah anak tercekik mainan, guli dan bateri.

Iklan
Iklan

Oleh itu, ibu bapa jangan ambil ringan jika anak-anak didapati tercekik terutamanya bateri kerana ia sangat membahayakan dan anak perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Perkongsian Public Health Malaysia, jika anak kecil anda tertelan bateri, air liur akan bertindak balas dengan bateri dan menghasilkan cas elektrik. Bahan kimia akan bocor lalu menyebabkan kesan terbakar dan kebocoran pada dinding saluran pemakanan. Situasi ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Iklan

"Jika anda menggantikan bateri kecil untuk alat kawalan jauh (remote control), alat permainan, kalkulator dan jam sila pastikan bateri ini tidak diletakkan merata rata tempat.

Iklan

"Pastikan peralatan atau pemainan yang menggunakan bateri di skru dengan ketat. Letakkan bateri ini di tempat yang tinggi dan selamat.

"Jika anak anda disyaki tertelan, jangan tunggu lama untuk tunggu bateri keluar ke najis, dapatkan pemeriksaan dan rawat dengan segera," tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata berkongsi pengalaman dan apa yang dialami oleh anak-anak mereka ketika didapati menelan bateri.

Bateri butang yang kecil dan berkilat mungkin kelihatan seperti mainan kepada kanak-kanak, tetapi ia sebenarnya ancaman serius yang boleh mengancam nyawa.

Elakkan sikap sambil lewa dengan beranggapan apa yang dimakan akan dikeluarkan melalui najis tanpa fikirkan kesannya pada tubuh badan anak-anak.