SETIAP kali hamil, menjadi satu kewajipan buat ibu-ibu di Malaysia untuk membuka buku pink. Ia diibaratkan sebagai ‘nyawa’ mereka kerana buku tersebut mempunyai pelbagai fungsi yang penting bagi perkembangan ibu dan bayi.
Sebelum ini kecoh dengan isu berkenaan jenazah bayi yang dibekukan dan kisah ini semakin ‘melarat’ apabila ada kenyataan mengatakan ibu kepada kepada bayi tersebut tidak buka buku pink semasa hamil.
Perkara ini mengundang pelbagai persoalan dan kemarahan orang ramai. Namun begitu, doktor perubatan dan juga pempengaruh di media sosial, Doktor Samhan tampil berkongsi di laman X tentang kepentingan untuk bakal ibu buka buku pink semasa hamil.
Malah, dirinya sebagai seorang ayah kepada tiga orang anak juga turut menasihatkan kepada para suami untuk memberi perhatian tentang kesihatan isteri yang hamil.
Ibu hamil, suami jangan culas buka buku pink! Penting ambil tahu perkembangan diri dan anak
Iklan