Tragis! Bas persiaran terlanggar tayar lori, 7 maut termasuk suami isteri dan anak, 10 info menyayat hati

Iklan

PILU dan sedih.

Cuti sekolah dan musim perayaan baharu sahaja bermula namun tujuh maut termasuk bayi manakala 33 orang cedera lagi gara-gara dipercayai mengelak serpihan tayar lori.

Iklan
Iklan

Berita sebegini mencuit emosi. Sedihnya apabila ada mangsa yang terkorban walaupun bukan kaum keluarga sendiri.

Tragis dan menyayat hati, foto serta video kemalangan di antara laluan Simpang Ampat ke Ayer Keroh iaitu di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara Selatan itu tertebaran di laman sosial menyaksikan mayat mangsa bergelimpangan di atas lebuh raya!

Iklan

Berikut 10 info ringkas berkaitan kemalangan yang berlaku di arah utara lebuh raya itu:

1-Kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu melibatkan lima kenderaan termasuk sebuah treler jenis Nissan, lori jenis Foton, bas pelancong, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dan Perodua Bezza.

Iklan

2-Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, lori dan bas pelancong dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan manakala tiga lagi kenderaan iaitu treler, Toyota Estima dan Perodua Bezza bergerak ke utara.

3-Setiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 telah tercabut dan berada di atas jalan di lorong tengah.

4-Bas pelancongan yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

5-Semasa bas itu terbabas ke lorong bertentangan, ia telah berlanggar dengan sebuah treler dipandu lelaki berusia 27 tahun yang dinaiki bersama kelindan berusia 16 tahun.

6-Pelanggaran itu menyebabkan treler terbabas ke lorong kiri jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Bezza dan Toyota Estima.

7-Akibat kemalangan itu, kelima-lima mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu pemandu MPV, Khairul Izwan Mazupi, 32; bersama penumpang iaitu isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; dan isteri serta pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang belum diketahui identiti.

8-Dua lagi anak pasangan itu, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, dirawat di zon kuning Hospital Melaka dan Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dirawat di zon merah hospital yang sama.

9-Ashari berkata punca kemalangan disebabkan bas pelancong terbabit melanggar tayar lori di tengah jalan menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan tiga kenderaan lain

10-Semua kenderaan yang terlibat ditahan untuk dibawa ke Pusat Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Melaka dan Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut.

BERHAMPIRAN LOKASI KEMALANGAN NGERI 2010

Imbas kembali, negara pernah menyaksikan kemalangan ngeri berhampiran lokasi berkenaan iaitu Plaza Tol Simpang Ampat pada 2010. Ia yang menyaksikan seramai 12 mangsa maut dalam kemalangan ngeri membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat.

Sembilan daripada mangsa adalah rakyat Malaysia, manakala tiga lagi berasal daripada Myanmar.

Kejadian pada kira-kira jam 6.40 petang itu terjadi apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah lagi kereta turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Kemalangan itu turut menyebabkan lebih 40 penumpang lain cedera dan menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kedua-dua hala.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian