BERITA baik buat pencipta kandungan apabila jenama terkemuka DJI Malaysia melancarkan mikrofon mudah alih bersaiz kompak dengan ciri canggih dan menjadi alternatif pilihan selain Hollyland Lark M2.
Lebih menggagumkan, DJI Mic Mini menyokong dua tahap pembatalan hingar dan sistem elak clipping untuk menghasilkan kualiti audio yang stabil.
Malah, terdapat sandaran fail audio dengan aras suara lebih rendah untuk memastikan proses suntingan lebih fleksibel.
Bukan itu sahaja, ketahanan bateri sehingga 48 jam dengan pengecasan penuh dan 1 jam masa tambahan dengan pengecasan pantas 5 minit yang amat sesuai untuk kaki jalan dan vlogger.
Dengan berat seumpama sekeping duit syiling 50 sen, ia mudah untuk dipasang pada pelbagai jenis pakaian dengan magnet built-in tersedia.
Rakaman boleh dimuat turun secara terus di aplikasi DJI Mimo dan OsmoAudio untuk penggunaan bersama peranti DJI Osmo.
DJI Mic Mini ditawarkan pada dua harga menarik RM339 (1x mikrofon 1x penghantar) dan RM699 (2x mikrofon 1x penghantar).