APLIKASI pesanan suara yang menekankan komunikasi pantas tanpa sekatan. Dengan paparan antara muka, tekan untuk bercakap. Buz memudahkan penyampaian maklumat tanpa perlu menaip.
Pengguna boleh mendengar mesej suara dengan ciri auto-play, walaupun berada dalam mod kunci. Jika tidak dapat mendengar, ciri suara ke teks memberi alternatif kepada penerima untuk membaca mesej.
Iklan
Ia turut menyokong perbualan kumpulan. Dengan sokongan pembantu AI dan terjemahan dalam 26 bahasa, penyampaian maklumat menjadi lebih mudah.
Buz direka seperti walkie-talkie, membolehkan anda mendapatkan maklum balas segera dengan rangkaian internet.
Iklan
Tanpa perlu risau tentang mesej yang tidak dilihat atau didengari oleh penerima.