Alhamdulillah! Bantuan Awal Persekolahan bakal diagih dalam masa terdekat. 7 info ibu ayah wajib tahu

Iklan

ALHAMDULILAH syukur!

Berita baik ini tentunya antara yang dinantikan oleh ibu bapa seluruh negara.

Iklan
Iklan

Masakan tidak, permulaan sesi persekolahan 2025 dijangka agak mencabar kerana ia tiba hampir dengan 1 Ramadan.

Dalam perkembangan terkini, berikut tentang agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025.

Iklan

1-Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan bantuan berkenaan bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.

2-Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan beberapa kaedah iaitu serahan tunai kepada ibu bapa bagi sekolah rendah manakala sekolah menengah pula akan diberikan menerusi ibu bapa atau murid.

Iklan

3-Cara kedua adalah pengkreditan ke akaun bank murid atau akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).

4-Pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP.

5-Agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester Satu dan Tahun Dua sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025.

6-Menurutnya, agihan kepada murid Tingkatan 6 yang baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2025 merupakan kali pertama.

7-Sebanyak RM150 diperuntukkan kepada setiap murid secara sekali bayar (one-off) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.

Terdahulu, menerusi pembentangan belanjawan 2025, Anwar menjelaskan BAP merupakan salah satu daripada 17 bantuan pendidikan yang terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.