Anak ramai tapi teringin pergi bercuti, ini 10 tip bijak travel bersama. Yang penting jimat tapi gembira!

Iklan

Tips mudah untuk anda dan keluarga nikmati percutian tanpa perlu berbelanja besar.

Bercuti dengan keluarga besar memang boleh jadi satu pengalaman yang penuh keseronokan tapi kadang-kadang dompet pun boleh rasa"semput" kalau tak pandai bajet. Jangan risau, bercuti tak semestinya kena mahal kalau anda tahu cara nak urus perbelanjaan dengan bijak. Mari kita tengok tips mudah untuk anda dan keluarga nikmati percutian tanpa perlu berbelanja besar.

1. Buat tabung khas

Sekurang-kurangnya enam bulan sebelum bercuti, anda dan pasangan dah buat tabungan khas untuk percutian keluarga. Buat itenari dahulu dan anda boleh dapatkan kiraan kasar berapakah wang tunai yang perlu ada di tangan bagi memastikan perancangan berjalan dengan lancar.

2. Tetapkan bajet yang realistik

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Sebelum bercuti, tetapkan bajet yang sesuai dan patuhi perancangan tersebut sebaik mungkin. Lebihkan sedikit duit poket untuk perkara kecemasan. Bahagikan bajet kepada kategori seperti penginapan, makanan, pengangkutan, dan aktiviti. Dengan ini, anda dapat mengelakkan perbelanjaan berlebihan.

3. Pilih destinasi yang mesra poket

Carilah destinasi yang menawarkan aktiviti percuma atau berpatutan seperti pantai, taman negara, air terjun atau tempat rekreasi awam. Lokasi seperti ini biasanya tidak memerlukan tiket masuk yang mahal dan menyediakan ruang untuk aktiviti keluarga seperti berkelah, bermain, atau bersiar-siar.

4. Belian secara bulanan

Anda sudah lama merancang untuk bawa anak-anak pergi ke taman tema tapi rasa nak pitam bila tengok harga tiket. Maklumlah kena beli tujuh tiket. Apa kata anda beli secara bulanan. Kadang-kadang belian di aplikasi lebih murah dari walk-in. Jadi, anda boleh mula dari sekarang beli satu atau dua tiket setiap bulan. Pastikan tiket tersebut memiliki tarikh terbuka di mana anda boleh pergi bila-bila masa sahaja.

5. Tempah penginapan yang ekonomik



Homestay atau rumah percutian sering kali lebih murah dan praktikal untuk keluarga besar berbanding hotel. Anda boleh memasak sendiri makanan dan menjimatkan kos makan di luar. Selain itu, beberapa platform tempahan penginapan menawarkan diskaun untuk penginapan jangka panjang atau jika anda menempah lebih awal.

6. Manfaatkan tawaran dan promosi

Kerap periksa laman web tempat penginapan, media sosial dan aplikasi percutian untuk tawaran istimewa. Biasanya awal dan hujung tahun ada promosi kaw-kaw untuk menarik pelanggan. Beberapa syarikat pelancongan juga ada menawarkan diskaun keluarga atau pakej kumpulan yang lebih menjimatkan. Jangan lupa menggunakan kupon diskaun atau mata ganjaran jika ada.

7. Sediakan bekalan makanan sendiri



Makan di luar untuk keluarga besar boleh menjadi sangat mahal. Sebelum bercuti, sediakan makanan ringan dan minuman sendiri. Jika perjalanan anda melibatkan penginapan yang mempunyai dapur, bawa bahan mentah yang mudah dimasak untuk menyediakan makanan.

8. Mesyuarat keluarga

Sebelum memulakan perancangan, pastikan anda telah berbincang dengan anak-anak dan libatkan mereka dalam membuat keputusan. Setiap anak ada minat mereka sendiri. Minta anak-anak memberi idea tentang aktiviti yang mereka ingin lakukan. Ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama, tetapi juga membantu anda fokus pada aktiviti yang benar-benar mereka sukai tanpa membazir wang pada perkara yang kurang diminati.

9. Fokus pada pengalaman, bukan kemewahan



Percutian tidak perlu mewah untuk mencipta keseronokan. Kadang-kadang, aktiviti mudah seperti bermain pasir di pantai, mendaki bukit, atau memasang khemah bersama-sama di tepi pantai sudah cukup memberikan kenangan terindah. Kebahagiaan itu kita yang menciptanya.

10. Bersedia dengan alternatif

Cuaca atau keadaan yang tidak dijangka boleh mengubah rancangan anda. Sediakan pelan alternatif seperti permainan indoor atau aktiviti lain yang tidak memerlukan perbelanjaan tambahan yang besar. Anda juga boleh senaraikan beberapa tempat lain jika perancangan awal tergendala.

Ingat ya. Bercuti bukan tentang berapa banyak duit yang anda belanjakan, tetapi lebih kepada masa berkualiti yang diluangkan bersama keluarga. Sama ada anak masih kecil atau sudah dewasa, jadikan setiap detik berharga tak kira di mana anda berada. Yang penting, semua orang gembira dan menikmati waktu bersama. Selamat bercuti dan semoga perjalanan anda penuh dengan momen indah!