Nak kurus tapi tak boleh tinggal nasi? Ganti je dengan konjac! Dr ini kongsi kelebihannya

Iklan

MASUK tahun baharu, ada yang mulakan dengan azam baru nak turunkan berat badan. Pelbagai perancangan telah dibuat dari bahagian menu makanan hingga ke senaman, cuma tinggal diri mampu atau tidak untuk melaksanakannya.

MASUK tahun baharu, ada yang mulakan dengan azam baru nak turunkan berat badan. Pelbagai perancangan telah dibuat dari bahagian menu makanan hingga ke senaman, cuma tinggal diri mampu atau tidak untuk melaksanakannya.

Iklan
Iklan

Terutamanya orang Malaysia sememangnya peminat setia nasi, itu yang paling susah untuk orang nak kurang atau tinggalkan. Bagi mereka yang tidak boleh tinggal karbohidrat ini, boleh mencuba untuk mengganti nasi kepada konjac.

Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam perkongsian beliau di laman Facebook mengatakan konjac ini sebagai alternatif rendah kalori untuk pelbagai makanan, termasuk nasi. Ia dihasilkan daripada akar tanaman konjac (Amorphophallus konjac), yang mengandungi serat larut yang dikenali sebagai glucomannan.

Iklan

Bagi mereka yang belum tahu, antara kelebihan konjac rice ini termasuklah:

1. Kalori Rendah: Konjac rice hampir tidak mengandungi kalori (sekitar 5-10 kalori per 100g), menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan atau mengawal pengambilan kalori.

2. Tinggi Serat: Kandungan glucomannan membantu memberikan rasa kenyang lebih lama, yang dapat mengurangkan keinginan untuk makan lebih banyak.

Iklan

3. Rendah Karbohidrat: Sesuai untuk mereka yang menjalani diet rendah karbohidrat atau pesakit diabetes yang ingin mengawal gula darah.

4. Bebas Gluten: Pilihan yang selamat untuk individu dengan intoleransi gluten atau penyakit celiac.

5. Mudah Disediakan: Biasanya konjac rice dijual dalam bentuk yang sedia untuk dimasak. Hanya perlu bilas dan panaskan.

Namun begitu, selain memiliki banyak kebaikan, terdapat juga keburukan konjac rice ini iaitu dari segi:

1. Rasa dan tekstur: Tidak seperti nasi putih biasa, tekstur konjac rice lebih kenyal dan lembut. Rasanya juga hampir tawar yang mungkin memerlukan masa untuk membiasakan diri.

2. Kandungan nutrisi: Walaupun rendah kalori, ia tidak mengandungi banyak nutrisi seperti protein, vitamin, atau mineral. Oleh itu, ia harus dimakan bersama makanan lain yang seimbang.