Tragedi hitam perjalanan beli kek, 2 beradik hilang sebelah kaki. 'Saya nak tamatkan Tingkatan Lima & miliki SPM'

Iklan

BETAPA tabahnya dua beradik ini. Demikian getusan hati kecil penulis saat video-videonya mereka melintasi FYP.

Kehilangan sebelah kaki pada usia yang masih muda, Nik Haziera Saffiya Nik Husmadi, 18, dan kakaknya, Nik Haznita Saffiya Nik Husmadi, 20, akur dengan ketentuan ALLAH.

Iklan
Iklan

Segalanya berlaku dalam sekelip mata ketika mereka berdua menaiki motosikal untuk pulang ke rumah selepas membeli kek di Bera, Pahang pada Februari tahun lalu.

Iklan

"Sewaktu dalam perjalanan itu, saya nampak ada dua kereta di hadapan yang nak masuk ke simpang kiri dan kenderaan kedua berhenti tetapi apabila saya mahu potong, kereta kedua mengubah haluan lalu melanggar saya.

Iklan

"Ketika itu juga, ada lori kayu getah dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak dan melanggar kami.

"Keadaan terus jadi gelap kerana saya pengsan. Bila sedar, saya berada di atas jalan dan terus minta orang sekeliling hubungi bapa," katanya.

PERLU KAKI & INGIN TAMATKAN PELAJARAN

Susulan kemalangan ngeri, Nik Haziera Saffiya parah dan mengalami 11 kecederaan parah bermula daripada bahu hingga ke kaki.

Terdahulu hanya si kakaknya yang perlu melakukan pembedahan untuk memotong kaki namun kini beliau pula perlu menghadapi kenyataan itu susulan mengalami kegagalan saraf.

"Tetapi pada Isnin (13 Januari), doktor mengesahkan bahawa kaki saya juga sudah tidak boleh diselamatkan akibat kegagalan saraf dan tidak akan sembuh.

"Pada mulanya sukar untuk saya terima apa yang terjadi sebab saya tidak dapat ke sekolah dan berjalan tetapi lama kelamaan. Alhamdulillah saya sudah redha dengan ketentuan-NYA.

"Bagaimanapun, saya berharap agar segera mendapat kaki palsu supaya boleh pergi ke sekolah untuk menamatkan pelajaran dan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti rakan-rakan yang lain," ujarnya.

'TERIMA APA YANG ALLAH TULISKAN UNTUK SAYA' - KAKAK

Sementara itu, si kakak, Nik Haznita Saffiya reda kehilangan kaki dan tidak pernah menyesali apa yang terjadi.

Menerima takdir dengan reda, beliau mengimbas kembali peringkat awal selepas terlibat kemalangan pada tahun lalu.

"Saya fikir inikah jalan yang ALLAH hendak berikan kepada saya? Saya panggil umi dan abah. Abah cakap saya ada tiga kaki termasuk kak abah.

"Apabila abah tinggalkan saya seorang drii selepas itu, saya berfikir ke hadapan.

"Saya enggan menoleh ke belakang lagi dan menyesali apa yang berlaku.

"Saya terima sahaja apa yang ALLAH telah tuliskan buat saya dan menjalaninya ia sahaja," ujarnya penuh reda.

PENDAPATAN DARIPADA JUALAN CENDOL

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ibu dua beradik itu, Noriah Adjun, 43, memohon ihsan daripada orang ramai atau pihak berkepentingan untuk memberikan bantuan kaki palsu kepada kedua-dua anaknya yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Ujarnya, pendapatan mereka keluarga kini hanya bergantung dengan perniagaan cendol anak lelakinya dan pencen suami untuk menampung kos perbelanjaan serta perubatan.

"Sumber kewangan kami memang itu sahaja selain menerima bantuan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap seorang (mangsa kemalangan).

"Saya benar-benar mengharapkan ada pihak yang tampil untuk memberi bantuan kepada anak-anak, ditambah pula dengan anak ke empat saya kini turut diuji dengan ketumbuhan di otak.

"Sebelum ini, kakak (Nik Haznita Saffiya) pernah minta kaki palsu dengan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tuanku berkata akan beri tiga kaki baru, namun perbualan tamat setakat itu sahaja.

"Kami tidak tahu bagaimana nak berhubung semula dengan Tuanku untuk mendapatkan bantuan tersebut dan hanya mampu berharap agar permintaan saya kali ini dapat ditunaikan," jelasnya.

Kepada orang ramai yang ingin menitipkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demikian ke akaun bank Nik Haziera Saffiya (006203148677 - Maybank) atau menghubungi ibunya di talian (014-2963645).

Sumber: Sinar Harian (NURATIKAH ATHILYA HASSAN), Tiktok