Suhu 45 darjah Celcius, Shah Rukh Khan dimasukkan ke hospital terkena strok haba
Iklan
Suhu 45 darjah Celcius, Shah Rukh strok haba dimasukkan ke hospital (1)
BINTANG Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan dilaporkan dimasukkan ke hospital di Ahmedabad selepas mengalami strok haba.Difahamkan ia berlaku ketika pelakon keempat terkaya dunia terkaya dunia itu berada di Ahmedabad untuk menonton perlawanan Liga Perdana India (IPL) antara Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad pada Selasa.Baca juga: Burung jatuh dari langit, India alami gelombang haba 49 darjah Celcius, tertinggi dalam 122 tahunBaca juga: Suhu badan tinggi, muntah, berpeluh, jantung berdebar, ibu ayah jangan abai tanda strok haba pada anak elak hilang nyawa!"Pelakon itu mengalami dehidrasi di tengah-tengah suhu tinggi 45 darjah Celcius di Ahmedabad."Beliau berada di bawah pemerhatian perubatan walaupun kesihatannya stabil. Keselamatan telah diperketatkan di sekitar hospital," lapor agensi berita IANS.Rakan rapat dan selebriti Juhi Chawla dilaporkan melawat pelakon berusia 58 tahun di hospital.Baca juga: Strok haba ibarat radiator kereta pecah, cepat bertindak waspada tanda awal sebelum ragut nyawaBaca juga: Miliki harta lebih RM3 bilion, Shah Rukh Khan pelakon keempat terkaya duniaBaca juga: Shah Rukh Khan sambut hari jadi ke-57, ribuan peminat banjiri pekarangan rumah[caption id="attachment_144579" width="800"] Kredit foto: Indian Premier League via India Today[/caption]Shah Rukh Khan yang merupakan pemilik bersama pasukan kriket KKR meraikan kejayaan pasukan itu pada malam Selasa dengan satu pusingan penghormatan di Stadium Narendra Modi di Ahmedabad.Diiringi anak-anaknya, Suhana Khan dan Abram Khan, Shah Rukh menyapa penonton berikutan kemenangan mengagumkan KKR ke atas Sunrisers Hyderabad (SRH), yang melayakkan pasukan itu ke pusingan akhir IPL 2024. Sama-sama kita doakan bintang kesayangan itu segera pulih! Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!