Miliki harta lebih RM3 bilion, Shah Rukh Khan pelakon keempat terkaya dunia

A
A
A

RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan bukan sahaja popular, malah turut tersenarai antara 10 pelakon terkaya di dunia.

Memiliki nilai bersih sebanyak $770 juta (RM3.3 bilion), bintang Dil To Pagal Hai itu adalah pelakon yang berpendapatan paling tinggi dan terkaya di India.

Baca juga: Shah Rukh Khan tunai umrah kali pertama, foto pakai ihram tular

First Post melaporkan statistik terbaru itu dikeluarkan oleh World Of Statistics yang dikongsikan di Twitter.

Berikut senarai pelakon paling kaya di dunia:

1. Jerry Seinfeld: $1 bilion

2. Tyler Perry: $1 bilion

3. Dwayne Johnson: $800 juta

4. Shah Rukh Khan: $770 juta

5. Tom Cruise: $620 juta

6. Jackie Chan: $520 juta

7. George Clooney: $500 juta

8. Robert De Niro: $500 juta

Baca juga: Shah Rukh Khan sambut hari jadi ke-57, ribuan peminat banjiri pekarangan rumah

GQ India pada tahun 2020 berkongsi pendapatan Shah Rukh adalah daripada enam cara iaitu:

1-Pendapatan box office

Selain keuntungan daripada produksinya Red Chillies Entertainment, Shah Rukh pulang keuntungan daripada pendapatan box office. Laporan dalam LiveMint menyatakan bintang lelaki terkemuka India termasuk Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Akshay Kumar menerima bayaran 50 hingga 80 peratus keuntungan daripada sebuah filem selain wang pendahuluan.

2-Rancangan TV

Shah Rukh memulakan kerjaya lakonannya dengan drama. Beliau juga menjadi hos  rancangan TV paling popular. Menurut laporan di Times of India, pada 2011, Khan mengenakan bayaran Rs 2.5 crore bagi setiap episod untuk Zor ka Jhatka: Total Wipeout.

3- Persembahan perkahwinan

Kemegahan majlis perkahwinan mewah di India adalah dengan kehadiran selebriti Bollywood. King Khan ini dilapor mengenakan bayaran antara Rs 4 hingga 8 crore untuk penampilan atau persembahan.

Baca juga: Michelle Yeoh dinobat Ikon 2022 majalah Time, 7 fakta menarik mengenainya

4- Red Chillies Entertainment

Selepas pembubaran rumah produksi Shah Rukh Khan, Dreamz Unlimited juga dimiliki bersama oleh Juhi Chawla dan Aziz Mirza, Red Chillies Entertainment telah dilancarkan pada tahun 2002 bersama isteri Gauri Khan. Hari ini, Red Chillies Entertainment merupakan sumber pendapatan yang cukup menguntungkan bagi Shah Rukh. Menurut The Economic Times, rumah produksi itu dilengkapi dengan studio VFX dan mempunyai perolehan tahunan kira-kira Rs 500 crore.

5. KidZania

Shah Rukh Khan telah dilihat di beberapa acara promosi KidZania. Pelakon itu sebenarnya memiliki 26 peratus daripada ImaginNation Edutainment India Pvt Ltd, yang menjalankan operasi francais (KidZania) India.

6. Endorsement

Pelakon Dil Se ini menjadi wajah Pepsi, Whirlpool, Nokia, Hyundai, Tag Heuer dan banyak lagi jenama bertahun lamanya. Menurut laporan dalam Business Insider, SRK mengenakan bayaran sekitar Rs 3.5 hingga 4 crore sehari untuk penggambaran iklan.

Baca juga: Kepulangan anak Shah Rukh Khan disambut meriah, peminat banjiri pekarangan kediaman, berpesta rai Aryan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca