Jakel tawar baju Melayu Madani RM99, tampil 10 duta selebriti perkenal koleksi eksklusif

Iklan

SIAPA tak kenal Jakel, jenama tekstil yang dah sinonim dengan persiapan raya setiap tahun.

Kali ini, Jakel tampil lebih meriah dengan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025. Yang bestnya, Jakel bawakan 10 duta popular untuk memperkenalkan koleksi Aidilfitri mereka yang serba baharu!

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Antara yang memeriahkan kempen ini ialah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad bersama keluarganya, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna seisi keluarga, Senariounion, tiktoker Sallywho bersama keluarga, dan tak ketinggalan, watak animasi kegemaran ramai, Upin & Ipin!





Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, koleksi tahun ini fokus pada kualiti fabrik yang lebih baik – tebal, tak panas, cepat kering, dan yang penting, selesa dipakai.

"Jakel ni untuk semua golongan – dari kanak-kanak sampai orang dewasa. Kami nak pastikan semua pelanggan dapat bergaya dengan pakaian berkualiti tinggi tapi tetap mampu milik. Sebab tu tagline kami tak pernah berubah, ‘Jakel, Barulah Raya’!” katanya.



Kali ini, Jakel tawarkan pelbagai warna trendy seperti Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia, dan Powder Blue. Memang sesuai untuk korang yang nak tampil bergaya masa raya nanti.

Yang lagi menarik, Jakel ada promosi khas untuk raya tahun ni! Baju Melayu Madani hanya RM99 sepasang, siap dengan samping percuma bernilai RM49.

"Kalau nak koleksi eksklusif, Baju Melayu Fattah Amin pula dijual pada RM149 dan korang dapat samping percuma bernilai RM99.



Untuk yang suka sedondon satu keluarga, Jakel dah sediakan lebih sejuta pasang baju untuk ibu dan bapa, serta 1.5 juta pasang untuk pakaian sedondon.