Baru dilahirkan, anak kedua Nazmi Faiz kembali ke rahmatullah. 'Mohon sedekah al-Fatihah...'

Iklan

PEMAIN Johor Darul Takzim (JDT) dan skuad kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor, berkongsi berita duka mengenai pemergian anak perempuannya pada Sabtu.

Difahamkan anak kedua pemain nombor 21 itu, Maira Maliyqa meninggal dunia pada pukul 10.55 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Berita sedih itu dikongsikan oleh Nazmi Faiz sendiri menerusi hantaran di Insta Story.

Setakat ini, punca kematian anak keduanya itu belum didedahkan.

Iklan

Terdahulu Nazmi memaklumkan isterinya, Nurul Yasmin selamat melahirkan anak perempuan kedua mereka pada jam 3 pagi tadi.

Iklan

Pemain berusia 30 tahun itu meminta orang ramai mendoakan anaknya yang pada ketika itu berada dalam kritikal.

Kehilangan dialami Nazmi Faiz mengundang simpati dan sokongan warganet khususnya peminat bola sepak tanah air yang tidak henti memberikan sokongan dan mendoakan agar keluarga pemain itu tabah menghadapi tempoh sukar ini.

Terdahulu, Nazmi mendirikan rumah tangga dengan Nurul Yasmin pada November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka menimang cahaya mata sulung diberi nama Maria Miqayla pada Jun 2020.