'Comelnya Mak Salmah.' Siti Nurhaliza bawa emak jalan-jalan Korea Selatan, puas hati luang masa bersama keluarga

Iklan
2
PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menzahirkan rasa gembira dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.Sering bersama anak-anak dan suami, kali ini penyanyi lagu Romansa Kita itu turut membawa bonda tercinta, Siti Salmah Bachik dalam trip ke Seoul, Korea Selatan.Dalam hantaran di TikTok, isteri kesayangan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu berkongsi video memaparkan beliau, ibu dan anak-anak memakai pakaian tradisional Korea Selatan iaitu hanbok.Baca juga: 'Impian nak sambut di Makkah, hadiah untuk mak.' Sempena hari lahir, Siti Nurhaliza bawa suami, anak, ibu dan mertua tunai umrahBaca juga: 'Patutlah anak semua cantik.' Tokti kongsi foto 3 beradik bersama ibu curi perhatianBaca juga: ‘Orang lawa pakai apa pun cantik.’ Gelagat Siti Nurhaliza & anak-anak di pasar malam raih pujian. Simple & humble!"Alhamdullillah, perjalanan indah di Seoul Korea bersama keluarga tersayang."Terima kasih @kakijalan.hq yang menguruskan perjalanan saya sekeluargaBaca juga: ’11 tahun menantimu…’ Aafiyah genap enam tahun, catatan Siti Nurhaliza undang sebakBaca juga: Sedih pemergian Siti Sarah, Tokti sebak, hanya mampu nyanyikan dua baris ‘Aku Bidadari Syurgamu’ Menerusi video dimuat naik, penyanyi dan usahawan berusia 44 tahun itu berjalan berpimpinan tangan dengan ibunya Siti Salmah atau lebih mesra disapa Mak Salmah.Selain itu, Siti juga turut bergambar kenangan bersama dua cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.Warga maya yang mengikuti dengan perkongsian rata-rata tertarik dengan penampilan comel Mak Salmah memakai persalinan hanbok merah jambu.Tidak kurang yang mendoakan agar percutian keluarga selebriti itu lancar."Semua comel, Mak Salmah pun comelnya," ujar Izy.06"Tiga generasi yang sangat comel," kata itsrara."Siti anak yang baik dan berbakti pada ibunya. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan," kongsi Kampung Seri Banian."Alhamdulillah sampai juga Mak Salmah ke Korea bersama Tokti. Happy vacation," titip Naomei."Comel satu famili. Mak Salmah paling win. Comel dan awet muda," tulis Hi.Daya.Menerusi paparan Insta Story, turut serta dalam trip keluarga berkenaan ialah suami Siti, Datuk K, ibu mentua, Siti Zainab Hanafi dan anak tirinya, Aazief Khalid.Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!