“PATUTLAH anak-anak semua cantik sebab maknya pun cantik!”. Itu komen warga maya terhadap perkongsian penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Penyanyi berusia 43 tahun itu berkongsi foto terbaharu bersama ibu, Siti Salmah Bachik, 70, dan adik-beradiknya, Saida Tarudin, 46, dan Sairah Tarudin, 39.

Ibu kepada dua cahaya mata itu membuat perkongsian di laman Instagram miliknya dua hari lalu.

“Anak Mak Salmah,” tulis Tokti di ruangan kapsyen.

Ternyata perkongsian tersebut meraih perhatian peminat sehingga ia dihujani komen yang mengatakan mereka tiga beradik memang mewarisi kejelitaan ibu mereka.

Malah, ada juga warga maya yang meminta anak sulung Tokti, Siti Aafiyah Khalid sepatutnya bergambar bersama kerana turut mempunyai wajah serupa.

Baca juga Nurul jaga benteng Zahid, tidak kisah teruk dihentam, rasa berbaloi ambil tugas jaga bapa dan keluarga

siti nurhaliza
AAFIYAH (kiri)

Ujar mereka;

“Subhanallah patutlah anak-anaknya cantik-cantik sebab maknya pun cantik.”

“Cantiknya mak Datuk CT, kejelitaan diwarisi.”

“Letak Afiyah sekali, sama jugak mukanya…”

Iklan

“Kenapa aku rasa mak Salmah paling cantik, yang lain pun cantik tapi mak Salmah muka manis, ayu dan cantik. Setiap perempuan impikan wajah yang manis dan sejuk macam tu.”

Baca juga Paru-paru masih belum kuat, Nad Zainal kembali ditidurkan

“Copy paste semuanya. Comel sangat.”

“Patutlah anak semua cantik rupanya mak dia masih nampak jelita walau dah berusia. Salam kenal mak Salmah.”

Iklan

Sehingga kini perkongsian berkenaan mendapat hampir 70,000 tanda suka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.