TULAR satu video yang memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkunjung ke pasar malam sehingga meraih perhatian ramai pengunjung.

Baca ni ‘Don’t give up, pasti ALLAH akan bagi…’ Sentiasa merendah diri, Siti Nurhaliza doakan buat Mizz Nina, saling memberi semangat

Mesra disapa Tokti, beliau bukan keseorangan, sebaliknya ditemani dua cahay matanya Siti Aaafiyah dan Muhammad Afwa.

siti 1

Gelagat tiga beranak yang mencuci mata sambil membeli barangan yang dijual di pasar berkenaan dirakam oleh pengunjung di pasar berkenaan.

Tampil ringkas tanpa solekan tebal, Tokti kelihatan santai dan tetap manis seperti biasa.

Baca lagi‘Doakan Umai ya.’ Anak saudara Siti Nurhaliza ke final WCOPA 2024, bakal wakil Malaysia jika berjaya

Teruja pilih barang

Selain isteri kesayangan Datuk Khalid Mohd Jiwa itu menjadi rakaman lensa kamera orang ramai, tidak ketinggalan aksi teruja Aaafiyah dan adiknya, Afwa yang tidak kekok memilih barang mainan yang di jual di situ.

Baca juga ‘Impian nak sambut di Makkah, hadiah untuk mak.’ Sempena hari lahir, Siti Nurhaliza bawa suami, anak, ibu dan mertua tunai umrah

siti 2

Tanpa menghiraukan mata-mata yang, dua beradik tersebut relaks memilih mana yang berkenan dan tidak kkisah biarpun mainan tersebut dibeli di pasar malam.

Perkongsian video yang dimuat naik pengguna TikTok bernama Faizahfaizal1 itu tersebut sehingga kini meraih lebih 16,000 tanda suka.

Baca juga Comel sama labuh pipinya, aksi Siti Nurhaliza dan Afwa tidur dalam kereta cuit hati ramai

siti 3

Berikut SinarPlus kongsikan komen yang ditujukan warga maya buat pelantun lagu Wajah Kekasih tersebut:

Ramai yang berjaya,terkenal, mewah harta duit ringgit,tapi yang susah di jumpa humble,rendah diri tak pernah lupa asal usul. Itulah Siti Nurhaliza,Love u.’

‘Mata tu main peranan sebagai ibu kalau anak memaksa nak sesuatu..’

‘Seorang yang sangat simple,rendah diri dan tak menyombong walaupun memiliki segalanya…’

‘Anak tokti pun kena pilih satu barang je… Apatah lagi anak aku.’

Baca lagi ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

‘Sebab itu beliau masih bertahta no.1 di hati seluruh rakyat Malaysia.’

‘Teringat masa zaman kegemilangan Tokti dulu,wartawan ada tanya tempat yang nak pergi sangat tapi tak boleh, beliau cakap pasar malam.’

Iklan

siti

‘Penyanyi no 1 negara dengan sikap humblenya dan yang tak pernah lupa asal usulnya walaupun beliau sudah berada ditahap terbaik sebagai penyanyi.’

‘Tak sombong kan siti ni. Humble btul. Senyum je dekat orang kampung. Mana la tak murah rezeki dia. Baik sangat.’

‘Orang lawa pakai apa pun nampak cantik tapi aku kalau pakai insya- ALLAH nampak manis.’

‘Dia pun rindu kehidupan dulu-dulu gamaknya. Masih macam dulu, seronok tengok bersahaja dan rendah diri.’

Baca juga ‘Saya percaya ALLAH SWT akan berikan juga kemenangan kepada Palestin.’ Doa Siti Nurhaliza untuk Bumi Anbia

siti 4

Iklan

‘Dia pakai biasa je..humble,simple person..murah hati dan segalanya perfect sangat. Anugerah ALLAH bagi pada dia sangat banyak. Bertuah sangat Tokti.

‘Itulah bezanya Tokti dengan artis lain. Pasar malam pun dia pergi. Simple dan humble.’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang