Bukan cincin emas di jari tetapi jam tangan berbentuk cincin

Iklan

Bukan cincin emas di jari tetapi jam tangan berbentuk cincin

SEMPENA ulang tahun ke-50, jenama jam terkenal, Casio tampil dengan jam khas berbentuk cincin Casio CRW-001.

Jam cincin digital yang sungguh unik itu hadir dalam satu saiz sahaja iaitu saiz 22. Namun, jangan risau. Ia masih boleh dilaras untuk disesuaikan dengan pelbagai saiz jari pengguna.

Iklan
Iklan

Keluaran istimewa kali ini menggunakan keluli tahan karat yang diinspirasi daripada jam tangan G-Shock.

Walaupun sarung jam cincin kecil itu hanya bersaiz satu inci, Casio telah berjaya memasukkan skrin LCD enam segmen retro yang boleh memaparkan tarikh dan masa dalam zon waktu berbeza serta jam randik.

Iklan

Malah, skrin jam cincin itu juga mempunyai lampu dan fungsi penggera yang akan memancarkan paparan. Harga jualan rasmi ialah RM679.

Untuk peminat Casio, anda boleh membuat tempahan dan belian di laman web Casio Malaysia.

Iklan