PELAKON Faezah Elai meluahkan rasa bangga apabila anak perempuan yang dibesarkannya sejak berusia 11 tahun kini secara rasmi bergelar peguam.
Menerusi hantaran di Instagram, Faezah berkongsi berita gembira itu selepas anaknya selesai menjalani proses dipanggil ke Badan Peguam atau called to the Bar.
Menurut Faezah, dia jarang berkongsi mengenai kehidupan anak-anaknya. Bagaimanapun, kejayaan yang diraih cahaya matanya itu membuatkan dia tidak dapat menahan rasa teruja untuk berkongsi berita tersebut dengan pengikutnya.
Artikel penuh:
"Jarang saya berkongsi mengenai anak-anak kerana lebih suka menjaga privasi kehidupan mereka, tetapi hari ini saya membuat pengecualian.
"Saya sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan membesarkannya sejak berusia 11 tahun, dari Convent Kajang sehingga ke Universiti Malaya (UM).
"Hari ini, dia secara rasmi dipanggil ke Badan Peguam dan kini bergelar peguam.
"Saya sangat bangga melihat dia membesar menjadi wanita seperti hari ini," tulisnya.
Lebih menyentuh hati, Faezah turut mengenang perjalanan panjang yang dilalui anak tirinya sehingga berjaya mencapai cita-cita dalam bidang perundangan.
Dalam masa sama, pelakon itu tidak ketinggalan menyelitkan gurauan menerusi hantaran berkenaan.
"Orang first dalam list saman, pak dia!! Katuk ku dengan lesung," selorohnya.
Untuk rekod, Faezah mendirikan rumah tangga bersama pengarah popular, Heykal Hanifah pada 9 September 2011.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna dan Auroroa Heyrinna.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Heykal mempunai tiga orang anak iaitu Luqman Hakim, Sarah Heyrissa dan Luq Adam Heydhani.