KADANGKALA, perubahan kecil pada warna cat sudah cukup untuk memberikan wajah baharu kepada sesebuah rumah. Pemilihan rona yang tepat bukan sahaja mencantikkan bahagian luar rumah, malah mampu menyerlahkan karakter dan gaya keseluruhan kediaman.
Bagi yang merancang untuk mengecat semula rumah, warna neutral, kelabu dan rona bumi boleh menjadi pilihan. Selain mudah dipadankan dengan pelbagai konsep seni bina, warna ini juga mempunyai daya tarikan yang tidak mudah lapuk dek zaman.
Berikut lima inspirasi warna yang boleh dipertimbangkan untuk menaikkan seri kediaman..
1. Putih pudar untuk gaya klasik
Warna putih pudar atau off-white sesuai bagi mereka yang menggemari penampilan bersih dan elegan. Rona lembut ini menjadikan rumah kelihatan lebih cerah tanpa terlalu menonjol.
Ia juga mudah dipadankan dengan elemen kayu, batu semula jadi dan bata, sekali gus menghasilkan penampilan yang kemas serta menarik. Antara warna pilihan ialah Vanilla Silk (NP 0305), Seashell (NP 3024) dan Brilliant White (NP 1001) untuk menghasilkan penampilan bersih dan elegan..
2. Japandi dengan rona neutral
Gabungan gaya Jepun dan Scandinavia ini mengetengahkan kesederhanaan serta elemen semula jadi.
Rona beige, warna bumi lembut dan material kayu antara pilihan yang sesuai untuk menghasilkan suasana tenang, moden dan harmoni.
Padanan seperti Wheat Tan (NP 0341), Truffle Zen (NP 1859) dan Sage Stone (NP 3055) sesuai untuk mewujudkan suasana tenang dengan sentuhan semula jadi.
3. Minimalis yang tidak membosankan
Konsep minimalis tidak bermaksud rumah perlu kelihatan kosong. Gabungan putih lembut, kelabu cerah, rona neutral dan aksen arang (charcoal) boleh memberikan sentuhan moden tanpa terlalu sarat.
Pilih warna seperti Brilliant White (NP 1001), Pebble Grey (NP 3018) dan Steel Storm (NP 0522) bagi menyerlahkan bentuk serta garisan seni bina rumah.
4. Inspirasi Muji yang hangat
Bagi yang sukakan suasana bersahaja, konsep Muji boleh dijadikan pilihan. Rona putih hangat, beige, taupe dan greige memberikan penampilan lembut serta selesa, lebih-lebih lagi apabila digabungkan dengan elemen kayu dan batu.
Warna Cactus Cream (NP 1817), Mocha Magic (NP 1863) dan Earth Shadow (NP 0530) boleh memberikan suasana hangat, selesa dan tidak terlalu sarat.
5. Kelabu untuk sentuhan mewah
Warna kelabu lembut, beige hangat dan arang mampu memberikan karakter lebih eksklusif pada kediaman. Gabungan ini juga sesuai untuk rumah teres, berkembar mahupun banglo kerana mudah disesuaikan dengan pelbagai material dan reka bentuk.
Untuk gaya lebih eksklusif, rona Granite Grey (NP 1980), Nimbus Cloud (NP 1981) dan Harbor Grey (NP 3074) boleh digabungkan bagi menghasilkan dimensi serta kontras yang menarik.
Warna cantik, perlindungan jangan dilupakan
Selain memilih warna yang sesuai, pemilik rumah juga perlu mengambil kira ketahanan cat. Cuaca panas, hujan dan kelembapan di Malaysia boleh menyebabkan dinding luar mudah kotor, warna pudar, merekah atau ditumbuhi kulat dan alga.
Antara pilihan yang boleh dipertimbangkan ialah Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt yang menggunakan formulasi 5X POWER Anti-Dirt Formulation berasaskan teknologi Dual-Core Polymer Synergy. Menurut Nippon Paint, formulasi ini sehingga 5X lebih berkesan menahan kotoran berbanding cat luaran biasa.
Teknologi ini menggabungkan UV-Engineered Polymer (UVP) yang membantu melindungi lapisan cat daripada kerosakan akibat sinaran UV, serta Dirt Repel Polymer (DP) yang membolehkan air hujan membantu menyingkirkan kotoran pada permukaan dinding.
Produk ini turut dilengkapi Quartz Technology dan Keep Clean Technology bagi membantu mengekalkan kebersihan serta ketahanan permukaan dinding. Formulasinya menawarkan perlindungan sehingga 15 tahun, bergantung pada lokasi, pendedahan cuaca dan penjagaan, selain membantu menahan kulat, alga, kesan alkali dan pembentukan garam putih pada dinding.
Persediaan dinding penting sebelum mengecat
Bagi mendapatkan hasil lebih baik, Nippon Paint menyarankan sistem perlindungan dinding luaran yang merangkumi empat langkah.
Pertama, bersihkan permukaan daripada kotoran, cat mengelupas, kulat dan alga menggunakan Nippon Paint Fungicidal Wash jika perlu, dan pastikan dinding benar-benar kering (kelembapan di bawah 16 peratus) sebelum mengecat.
Kedua, baiki rekahan serta permukaan tidak rata menggunakan Nippon Paint CrackREPAIR 1000 Compound.
Ketiga, sapukan satu lapisan Nippon Paint 8100 Weatherbond® Sealer sebagai asas untuk meningkatkan daya lekatan cat.
Akhir sekali, sapukan dua lapisan Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt sebagai kemasan dan perlindungan tambahan.
Pemilihan warna yang sesuai bersama persediaan permukaan dan perlindungan yang betul membantu kediaman tampil lebih menarik, selain membantu dinding luar kekal kemas dan terjaga untuk tempoh lebih lama.
Ketahui lebih lanjut mengenai Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt, pilihan warna serta penyelesaian pengecatan yang sesuai untuk kediaman anda dengan melayari laman web rasmi Nippon Paint di https://www.nipponpaint.com.my/ultra-premium-series/