Jenuh fikir punca anak menggaru, rupanya sebab alergi kuda! Ayah ini kongsi pengalaman jalani pemeriksaan

Iklan

PERTAMA kali tahu seseorang itu boleh terkena alergi kuda dan orang yang mengalami itu adalah anak sendiri! 



PERTAMA kali tahu seseorang itu boleh terkena alergi kuda dan orang yang mengalami itu adalah anak sendiri!

Itulah yang diceritakan seorang bapa, Aqil Junaidi di aplikasi X yang terkejut setelah mengetahui punca kulit gatal yang menyebabkan anaknya sering mengggaru rupa-rupanya disebabkan alergi terhadap kuda.

"Siapa sangka anak aku alergi dengan kuda. Aku sendiri pun pertama kali dengan ada orang alah kuda, hahaha. Dan orang itu anak aku sendiri,” ciapnya.

Tambah Aqil lagi, keputusan untuk melakukan ujian alergi pada anak perempuannya itu berdasarkan kesepakatan bersama isteri yang kasihan melihat anak kesayangan mereka kerap menggaru kegatalan dan tidak menemui puncanya.

"Kami sendiri pun dah petak cari apa punca. Rupa-rupanya inilah antara sebabnya.

"Kebanyakan nama pelik-pelik itu pepijat dan hama. Udang ketam aiyo. Seafood isk isk. Kucing pun level 4 tu. Tok nenek kedua-dua belah membela kucing pula haha,” tulisnya lagi.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Setelah melakukan ujian tersebut, pasangan suami isteri itu menzahirkan rasa bersyukur kerana akhirnya mengetahui punca kegatalan yang dialami oleh anak mereka.

"Tapi apa pun, Alhamdulillah bila tahu anak kami ini alah dengan apa bolehlah kami fokus elakkan punca-punca ini.

"Sesiapa yang ada bajet lebih sikit bolehlah buat test alergi ini, kami buat ini RM599. Result katanya dalam 2 minggu tapi lepas 2 hingga 3 hari macam itu result sampai dah.



"Ada juga yang RM399, cuma yang itu tak berapa banyak lah itemnya,” dedah Aqil berkongsi lokasi mereka lakukan ujian tersebut di Klinik Anda, Seri Iskandar.

Bagus sebenarnya buat ujian alergi ini, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang tidak sesuai dengan tubuh badan kita