Berita baik buat semua peminat android. Kemunculan Honor Magic7 Pro pastinya peranti keluaran terbaru yang ditunggu-tunggu. Model mercu terbaru Honor ini secara rasminya telah dijual di pasaran Malaysia pad 9 Januari yang lalu.
Model flagship ketujuh ini hadir dengan ciri-ciri yang signifikan dari segi teknologi dan reka bentuk, menjadikan ia lebih canggih dan serba boleh.
Honor Magic7 Pro menawarkan prestasi luar biasa dengan cip pemprosesan terkini Qualcomm Snapdragon 8 Elite, yang memastikan telefon ini mampu menangani pelbagai aplikasi dan permainan video berat tanpa sebarang masalah.
Bagi mengesan penipuan dan ancaman digital yang semakin berleluasa serta melindungi pengguna daripada ancaman Deepfake, telefon pintar ini dilengkapi dengan ciri AI Deepfake Detection. Sekaligus mengurangkan penipuan, penyebaran maklumat palsu, dan ancaman terhadap privasi pengguna.
Mengapa telefon pintar ini menjadi salah satu pilihan wajib anda? Ia dilengkapi dengan teknologi AI Notes, Magic Portal 2.0, AI-Face-to-Face Translation, AI Minutes, Magic Avatar dan banyak lagi bagi memudahkan urusan seharian anda.
Harga jualan rasmi bermula RM4,599 (12/512GB) dan RM5,199 (16GB/1TB)