SELAMA lebih 28 tahun, Secret Recipe telah dikenali dengan kek-kek berkualiti tinggi. Dengan komitmen terhadap inovasi, Secret Recipe terus memikat hati pencinta kek dengan lebih 40 jenis kek, selain pelbagai pastri dan hidangan lain.
Dengan lebih daripada 370 cawangan di seluruh Malaysia, jenama tersebut menjadi pilihan utama pencinta pencuci mulut di negara ini.
Terbaharu, penyedia sajian manis itu tampil dengan produk terbaharu Mango Yoghurt Cheese, satu ciptaan baharu yang pastinya akan menambat hati penggemar kek keju.
Gabungan rasa keju yang kaya dan sentuhan mangga yang menyegarkan itu pastinya menjanjikan pengalaman rasa yang takkan dilupakan.
Ciptaan baharu itu menampilkan keseimbangan menyegarkan di antara pilihan kek coklat yang lebih kaya dan kek yang lebih ringan dan gebu.
Ketua Pemasaran di Secret Recipe, Evelyn Lee berkongsi kegembiraannya tentang kek baharu berkenaan.
"Misi kami di Secret Recipe adalah untuk mencipta pencuci mulut yang bukan sahaja memenuhi selera, tetapi juga mengeratkan hubungan.
"Kami berharap Mango Yoghurt Cheese menjadi sebahagian daripada perayaan dan kenangan manis buat pelanggan kami," ujarnya.
Jangan lepaskan peluang mencuba Mango Yoghurt Cheese. Kunjungi cawangan Secret Recipe berdekatan.