SEBELUM ini orang ramai terhibur dengan video makan anak perempuan pasangan pempengaruh Ryzal Ibrahim dan Maryam.
Malah, ada juga yang menjadikan video tersebut inspirasi dan menjadi ikutan anak-anak lain yang ada masalah memilih makan berubah sikap kepada menyukai makanan.
Kini, menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, telatah Rina sekali lagi mencuri perhatian dengan kepandaiannya menguruskan diri sendiri yang dipantau melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam perkongsian tersebut, si kecil itu dilihat lap meja setelah selesai makan dan meletakkan pinggan kotor di dalam sinki.
Perbuatan anak sulung pempengaruh berkenaan membuatkan si ayah kagum dan sempat berseloroh di kapsyen video tersebut, ‘dah boleh cari rumah sendiri’, tulis Ryzal.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama kagum melihat kerenah Rina yang dianggap bijak walaupun masih kecil.
Selain itu, warganet turut memuji Ryzal dan Maryam dengan cara mereka mendidik Rina menjadi anak yang hebat.