'Apa lagi nak beri pada masyarakat...' Wajah eksklusif Bulan Bintang Sedekad Menyinar, Syafiq Kyle dedah kenapa setuju jadi duta

Iklan

Muda, aura eksklusif dan popular. Itu antara kriteria yang ada pada diri jejaka bernama Syafiq Kyle.

Selain menjadi rebutan pengarah dan penerbit, beliau juga baru-baru ini 'diintai' oleh jenama fesyen Bulan Bintang untuk melantiknya menjadi Duta label tersebut untuk tahun 2025.

Iklan
Iklan

Pelantikan tersebut diumumkan dalam satu majlis gilang-gemilang yang menyaksikan pertunjukan fesyen bertemakan Sedekad Menyinar di KL Convention Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelakon Sheriff: Narko Integriti itu ‭dikira‬‭ wajah baharu yang paling‬‭ ‘rare’ dalam‬‭ scene‬‭ duta‬‭ jenama‬‭ fashion‬‭ berkenaan.

Iklan

Sekadar makluman, wajahnya cukup eksklusif‬‭ kerana belum pernah muncul sebagai duta ‭untuk‬‭ mana-mana‬ jenama‬‭ fesyen selain produk sendiri‭.

Justeru, kepada empunya diri ditanya tentang pandangan pertama terhadap‬‭ jenama berkenaan yang membuatkan beliau tertarik untuk menerima tawaran menjadi duta.

Iklan

"Sewaktu berbincang, ada benda yang simple yang saya tanyakan kepada pengasas jenama tersebut, Meri.

"Jujurnya saya impressed dengan skala kerja yang team Bulan Bintang sanggup buat untuk pembeli mereka.

"Bab kualiti semua tu tak payah cakaplah. Macam-macam Bulan Bintang buat untuk hargai pembeli yang dah menyokong mereka selama 10 tahun ni," ujarnya.

'Apa lagi nak beri pada masyarakat...' Syafiq Kyle dedah sebab setuju terima tawaran jadi duta Bulan Bintang Sedekad Menyinar

Terima tawaran

Dedah pemilik nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak itu lagi, beliau pada masa sama juga ingin mengetahui akan manfaat yang diberikan jenama tersebut kepada pelanggan pada tahun ini.

Sementelah, sebelum ini pengasasnya sanggup melaburkan RM3.2 juta kepada pelanggan sebagai tanda penghargaan.

"Saya tak kisah soal jualan, profit dan sebagainya.

Tapi bila saya tanya apa yang dia (Meri) nak bagi lagi kepada masyarakat, beliau cakap, tahun lepas bagi RM3.2 juta kepada seluruh pelanggan yang membeli dengannya.

"Tahun ini, sampai RM10 juta dibelanjakan untuk hadiah sahaja. Takdelah orang cakap 'founder je yang kaya beli kereta', kan? Bulan Bintang bagi berpuluh buah kereta pada pembeli!

"Sebab itu terima tawaran kerana saya rasa untuk baju Melayu macam-macam jenama banyak di pasaran.

"Namun apa yang mereka connet dengan masyarakat dan orang awam bukan sekadar membeli dan menjual.

"Sebaliknya, yang lebih penting adalah meraikan hari raya dan itu adalah sebab kenapa saya menerima tawaran Bulan Bintang," kongsi naib juara Hero Remaja 2011/12 itu lagi.

Sementara itu, bersempena ulang tahunnya yang ke-10, Bulan Bintang memperuntukkan dana berjumlah RM10 juta untuk dikembalikan kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif dan kolaborasi bersama 14 syarikat korporat.

Dalam ucapannya, Meri atau nama sebenar, Azzim Zahid Azmi, memberitahu, kerjasama tersebut merupakan yang pertama seumpamanya dalam industri fesyen tempatan.

Dalam pertunjukkan fesyen yang berlangsung itu, jenama berkenaan turut menampilkan koleksi raya ready-to-wear (RTW) untuk seisi keluarga, merangkumi baju melayu dalam pelbagai potongan serta koleksi pakaian sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan lebih 70 pilihan warna.

Koleksi terbaharu Bulan Bintang memperkenalkan tiga pilihan potongan Baju Melayu iaitu Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit.

Azzim turut menyasarkan jualan sebanyak 1.5 juta helai pakaian untuk kempen ini.Sebagai jenama yang inklusif, koleksi ini turut ditawarkan dalam saiz sehingga 8XL serta pelbagai pilihan kurta.



Bulan Bintang Next Top Model

Selain itu, Biskut Raya Edisi Khas turut diperkenalkan dan boleh didapati secara eksklusif di 7-Eleven seluruh Malaysia

Selain Syafiq, barisan selebriti terkenal lain yang turut memperagakan koleksi berkenaan termasuklah Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali dan Hannah Delisha.

Selain itu, duta khas Bulan Bintang seperti Zahiril Adzim, Ain Edruce, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Mimi Lana, Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Sabri Yunus dan Angeline Tan turut memeriahkan acara.

Pertunjukan fesyen ini diselang-selikan dengan persembahan istimewa daripada Zeppo Youngsterz Dancer, Datuk Jamal Abdillah dan Bunkface.

Turut diumumkan ialah pemenang Bulan Bintang Next Top Model, pertandingan unik yang menampilkan peserta berusia antara 40 hingga 70 tahun.

Pemenang pertandingan tersebut membawa pulang hadiah utama wang tunai RM10,000 hasil undian juri dan penonton.