TIBA sahaja cuti sekolah, musim berkhatan pun bermula.
Tak ada lagi Tok Mudim dan batang pisang, pelbagai kaedah moden termasuk laser dan clamp lebih memudahkan hingga menarik perhatian bangsa lain termasuk tiga beradik di Kelantan ini.
Tan Xavier, 12, Tan Xaden, 11, dan Tan Xarel, 8, teruja bangun seawal jam 5 pagi kerana tidak sabar untuk menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan baru-baru ini.
Ditemani bapa, Tan Wee Lee dan ibu, Tan Bee Kam, mereka tidak kekok bersama-sama kanak-kanak Melayu mandi air semburan dari kenderaan bomba seawal jam 8 pagi dan menikmati pulut kuning di sana.
Paling membanggakan, ketiga-tiga mereka dengan suka rela meminta untuk berkhatan tanpa paksaan kerana pernah mendengar cerita daripada rakan-rakan mereka beragama Islam.
Artikel penuh:
- 15 tip luka khatan anak cepat sembuh 'mak-mak' perlu tahu, elak jangkitan kuman
- Khatan anak usia sebulan, Mira Filzah kongsi pengalaman, banyak manfaat
- Masuk Jawi imbau kenangan berkhatan cara lama
"Ramai ahli keluarga kami yang berkhatan kerana bertujuan menjaga kesihatan dan kebersihan.
"Saya mendapat tahu daripada rakan sekampung yang memaklumkan mengenai program berkenaan dan terus mendaftarkan ketiga-tiga anak kami," kata ibu, Tan Bee Kam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, seramai 50 kanak-kanak menyertai program berkhatan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan HTM.
Jelasnya, berkhatan sangat dituntut dalam Islam dan sudah menjadi norma biasa dalam kalangan masyarakat termasuk bukan Muslim.
"Berkhatan dapat mengurangkan kadar penyakit kelamin pada lelaki, melindungi individu daripada kanser zakar dan mengurangkan risiko kanser serviks bagi pasangan wanita dan mencegah balanitis dan balanoposthitis," katanya.
TIP PENJAGAAN LUKA KHATAN
Penjagaan luka khatan agak mencabar terutama bagi ibu bapa muda. Bantulah anak -anak untuk melalui proses ini dengan penjagaan selepas berkhatan yang betul.
Ikuti tip penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah yang dikongsikan pegawai perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini:
1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
- Jangkitan / nanah
- Bengkak / bentan
- Jahitan terbuka
- Keruping melekat pada balutan
2. Luka berkhatan perlu dicuci dua hingga tiga hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
- Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
- Cuci luka dengan normal saline
- Periksa jika ada jahitan dan tanda jangkitan
- Tahan sakit - diambil bila perlu
- Antibiotik - perlu diambil ikut jadual
- Ubat cucian - lazimnya normal saline
- Elak sapu minyak / herba pada luka
5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja.
Aktiviti ringan itu membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma tak usahlah lasak sangat.
7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat dan vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10 hingga 14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, bawalah anak berjumpa doktor:
-Sakit/ bengkak/ merah melampau
-Pendarahan berterusan
-Lepuhan / nanah yang banyak
-Demam bersuhu tinggi
10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin anda juga perlu membawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
-Jahitan konvensional - tak perlu dibuka
-Klamp - perlu jumpa doktor untuk dibuka
-Gam - tak perlu jumpa doktor semula
Semoga bermanfaat!
#cutisekolah #budaklelaki #sunat #sinarplus #lifestylesinarharian" />