'Izinkan kami terbang' Hantaran terakhir jadi perhatian, pelajar cemerlang matrikulasi meninggal dunia selepas pengsan

Iklan

PEMERGIAN ditangisi rakan-rakan, kematian pelajar Kolej Matrikulasi Melaka (KMM), Ahmad Saffiyudeen Ahamad Nzly, 19, malam Jumaat lalu terus dikenang.

Bagaikan tahu akan pergi selamanya, hantaran terakhir Ahmad Saffiyudeen atau lebih mesra disapa Saffi menjadi perhatian warganet.

Iklan
Iklan

"Izinkan kami terbang-terbang guys," titip beliau berkongsi video disunting seolah-olah sedang terbang bersama rakan-rakan menerusi akaun TikTok @sxffiyudeen.

Menjengah ke ruangan komen, warganet yang rata-rata mengenai remaja itu mengakui sedih kehilangan rakan baik.

Iklan

"Caption pun sudah bagi hint nak pergi."

"Aku kenal dia sebagai junior dan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sahaja. Tetapi tak tahu kenapa hati ini berasa berat apabila tahu kehilangannya. Berehatlah Saffi, tugasmu di dunia sudah selesai."

Iklan

"Innalillah wainnalillahirojiun. Thank you for being such a good friend Saffi. I will always be proud of you. We love you."

"Semua orang sayang kau Saffi. Al-Fatihah

"Innalilah Saffi, you were a good friend to everyone."

Terdahulu, alumni Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang melanjutkan pelajaran dalam jurusan perakaunan itu diakui sebagai pelajar yang cemerlang.

"Berita sedih di terima tengah malam tadi.

"Kepergian anakanda Saffiyudeen, batch Zultanite SPM 2023, MRSM Kuala Klawang (2019-2023), yang kini melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka (Perakaunan).

"Allahyarham memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM 2023 dan merupakan pelajar disenangi oleh para guru serta rakan-rakan.

"Seorang pelajar yang baik dan menghormati guru. Lembut apabila bercakap. Sentiasa minta maaf.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Aamiin," titip laman rasmi maktab berkenaan.

Berikut adalah ringkasan kronologi kejadian yang meragut nyawa Allahyarham pada jam 11.14 malam ketika sedang dirawat di Hospital Alor Gajah:

1-Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, berdasarkan laporan disediakan Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar KMM, ketika kejadian, Allahyarham sedang memberikan taklimat berkaitan sukan bola baling kepada peserta di Dewan Terbuka Rahmat.

2-Sebelum itu Ahmad Saffiyudeen hadir dalam perjumpaan diadakan antara ahli JPP bersama semua peserta Karnival Sukan Kolej Matrikulasi Melaka (KSKMM) di dewan tersebut pada pukul 9 malam.

3-Pada jam 9.30 malam, mangsa tiba-tiba jatuh pengsan dan telah diberikan rawatan kecemasan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) oleh beberapa pelajar dalam sesi itu yang mahir dan ahli Pertolongan Cemas St John Ambulance Malaysia bertauliah.

4-Ahmad Saffiyudeen kemudian dikejarkan ke hospital dengan diiringi felo dan pegawai hal ehwal pelajar selain perkara itu turut dimaklumkan kepada ibu saudara Allahyarham.

5-Bapa saudara Allahyarham, Muhammad Fakrulrazi Abdul Talib mendedahkan punca kematian adalah akibat kebocoran pada jantung. Menurutnya, saluran utama jantung remaja itu makin menipis sehingga menyebabkan kebocoran.

6-Beliau juga mendedahkan Allahyarham pernah mendapatkan rawatan berkaitan jantung tetapi sudah lama. Difahamkan selepas itu tiada rawatan susulan.

Difahamkan, Ahmad Saffiyudeen yang sudah kehilangan bapa dan menjadi pendiam sejak itu.

Jenazahnya akan dikebumikan di Petaling Jaya, Selangor dan segala urusan berkaitan termasuk pengebumian dan kebajikan arwah diuruskan pihak kolej.

Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Ahmad Saffiyudeen Ahamad Nzly, al-Fatihah.