‘Momen yang sangat menyakitkan…’ Sheila Rusly kongsi rasa duka, sepupu rapat kembali ke rahmatullah

Iklan

Innalilahi wainna ilaihi rajiun.

Iklan
Iklan

SEPUPU kepada pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly telah menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 2025, jam 4:30 pagi tadi.

Perkongsian menyentuh hati itu dibuat oleh Sheila sendiri yang turut menggambarkan kesedihannya dalam menghadapi kehilangan insan yang paling beliau rapat iaitu Norina binti Muhammad Fahmi.

Iklan

"Alhamdulillah, ALLAH bagi kekuatan untuk menghadapi dugaan dan momen yang sangat menyakitkan.

"Terima kasih kepada @ermafatima & team kerana memahami situasi sis ketika kita rancak bergelut dengan jadual ‘Anak Mak’ & ‘Mok Cun London," tulisnya.

Iklan

Kehilangan ini begitu mendalam bagi pelakon drama Syurga Nur, yang bukan sahaja kehilangan seorang saudara, tetapi juga seorang sahabat yang telah menemani setiap detik dalam hidupnya.

Perasaan pilu jelas terpancar dalam setiap bait kata yang ditulis oleh isteri kepada Azman Yahya yang juga dikenali sebagai Jinggo di Instagram miliknya.

Dalam kepiluan itu juga, beliau menitipkan doa yang terbaik buat arwah.

"Moga segala dosa-dosa arwah terampun & ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Amin," titipnya.

Pelakon Sharifah Shahora turut menyampaikan rasa simpati dan menghormati jasa baik rakan karibnya yang bukan hanya berperanan sebagai sepupu, tetapi sebagai kakak yang sentiasa ada pada saat-saat suka dan duka arwah.

"Al-Fatihah buat arwah Norin.

"Saat akhir dia, kau dah jalankan tanggungjawab sebagai sepupu, kakak, sahabat yang terbaik.

"Semoga dia berada di tempat orang yang beriman,"komennya.