Hikayat Ariani 2025, koleksi karya seindah busana yang menawan hati

Iklan

ARIANI, jenama hijab dan busana terkemuka tanah air, sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran koleksi terbaharu mereka, Hikayat Ariani Karya Seindah Busana bersempena Aidilfitri 2025.

Majlis penuh gemilang itu berlangsung di ibu kota dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu termasuk selebriti, pempengaruh serta pencinta fesyen. Dalam suasana yang meriah, sebanyak 158 rekaan hijab dan busana dipertontonkan daripada keseluruhan 600 pilihan dalam koleksi tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, Datin Seri Farah Haryani, koleksi ini bukan sahaja menyerlahkan elemen tradisi dan moden, tetapi juga menyuntik nilai sentimental sempena musim perayaan.

"Aidilfitri bukan sekadar meraikan kebersamaan, tetapi turut menjadi peluang untuk kita tampil anggun dengan busana yang melambangkan kebahagiaan. Koleksi Ariani kali ini menawarkan kepelbagaian yang mampu memenuhi citarasa semua lapisan pelanggan,” ujarnya.

Iklan

Koleksi tersebut merangkumi lebih 300 rekaan hijab polos dan bercorak dengan pelbagai material seperti satin, voile, dan twill. Antara yang menjadi perhatian adalah tudung bawal satin dan twill bercorak, lengkap dengan perincian diamante dan sulaman eksklusif.

Bagi peminat gaya mewah, koleksi Ariani Luxe memperkenalkan lebih 100 rekaan eksklusif dihiasi French lace dan kristal Swarovski. Menariknya, pelakon sensasi Rozita Che Wan atau Che Ta turut memukau sebagai Muse Ariani Luxe 2025, memperagakan tudung mewah dengan penuh anggun.

Iklan

Tidak ketinggalan, koleksi Ariani ready-to-wear (RTW) turut diperkenalkan dengan 300,000 helai pakaian raya. Ini termasuk kurung, jubah, kurta, dan baju Melayu dalam 10 jenis material berbeza seperti satin, sifon, dan jacquard.

Selebriti popular

Kempen raya tahun ini dimeriahkan dengan penglibatan 11 wajah baharu termasuk selebriti popular seperti Siti Khadijah, Amyra Rosli, Mawar Rashid, dan Uqasha Senrose. Tiga duta ikonik Ariani, Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad, dan Bella Dally terus memeriahkan kempen dengan aura pesona mereka.

Kolaborasi bersama pempengaruh TikTok juga berjaya menambah elemen segar, sekali gus mendekatkan Ariani dengan golongan muda.

Ariani turut melakar sejarah dengan kerjasama eksklusif bersama Liberty London, gedung fesyen mewah dari England. Koleksi Liberty X Ariani menampilkan lima rekaan bercorak bunga ikonik, yang menggabungkan elemen budaya Malaysia dengan sentuhan antarabangsa.

Tidak hanya itu, koleksi Ariani x Bokitta turut dilancarkan, mempamerkan tudung instant tanpa pin yang praktikal tetapi tetap bergaya.

Bagi anda yang teruja untuk memiliki koleksi terbaharu ini, jangan lepaskan peluang sempena Jualan Mega Lebaran yang bakal berlangsung pada 21 Februari ini. Koleksi eksklusif ini akan mula dijual secara berperingkat bermula Khamis.

Dengan pelbagai pilihan rekaan, material premium, dan harga berpatutan, Hikayat Ariani Karya Seindah Busana pastinya menjadi pilihan utama untuk tampil memukau di Aidilfitri 2025.

Ariani terus membuktikan bahawa mereka bukan sekadar jenama, tetapi sebuah institusi fesyen yang meraikan keindahan, tradisi, dan inovasi.

Sama ada anda memilih hijab polos, bercorak, atau busana mewah, koleksi ini direka khas untuk melengkapkan keindahan lebaran anda.