Achey kongsi, anak tanya 'jantina' individu dalam acara red carpet. ''Aku tergamam nak jawab apa'

Iklan

SUDAH menjadi kebiasaan, anugerah berprestij diserikan dengan acara karpet merah atau red carpet.

SUDAH menjadi kebiasaan, anugerah berprestij diserikan dengan acara karpet merah atau red carpet.

Iklan
Iklan

Tidak ketinggalan, program Anugerah Juara Lagu turut mengadakan acara tersebut sebelum memulakan rancangan gilang gemilang mereka itu.

Pelawak terkenal, Achey baru-baru ini dalam satu hantaran di Instagram meluahkan rasa tidak puas hati terhadap situasi yang berlaku di acara karpet merah itu.

Iklan

Dalam perkongsian itu, Achey membuat teguran tentang individu yang tampil di acara tersebut dengan memakai pakaian yang berbeza jantina.

Beliau juga mempersoalkan hala tuju dan tumpuan media terhadap sesi red carpet yang baginya fokus kepada perkara yang tidak perlu.

Iklan

"Makin berani dalam media sosial yang lalu kat red carpet tu orang nak tengok lelaki dan perempuan, memang takda lain dah dua ni je.

"Nak lalu kau lalu jelah, yang aku hangin media siap buat posting. Ibarat benda tu nak di war-warkan 'kita ada platform untuk korang muncul ni' Whatttt???? Sekarang ni seolah-olah kecaman satu marketing yang hebat. Lesen besar mana ni???," tulis Achey.

Tambah beliau, perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada mereka yang berada dalam industri hiburan, malah generasi muda juga bakal terpengaruh dengan norma yang sedang dibentuk ini.

Achey turut berkongsi kebimbangannya terhadap kesan sosial isu ini kepada anak-anak muda, termasuk anaknya sendiri.

"Aku tak baik mana, aku pun tak bagus mana tapi aku pun boleh kenal mana boleh mana yang tak boleh. Secara tak langsung generasi akan datang dapat didikan apa sekiranya mereka ada impianmenjadi selebriti yang berkualiti???

"Anak aku tengok Thalita punya posting, lepas itu keluar posting macam tu. Dia tanya lelaki ke perempuan, aku tergamam nak jawab apa", tambah Achey.

Di hujung perkongsian, beliau turut berharap pihak tertentu harus mengambil berat tentang isu ini dan jangan berdiam diri. Cuba buat sesuatu supaya perkara ini tidak berulang lagi.