Anzalna Nasir sebak, dodoikan bayi berusia tiga hari yang ditinggalkan ibu. ‘Suami ikut wanita lain…’

Iklan

SIAPA sangka, bermula dengan niat untuk bertanya khabar dan menyumbang keperluan bayi bertukar menjadi detik penuh emosi buat pelakon, Anzalna Nasir.

Iklan
Iklan

Segalanya bermula apabila pemilik nama sebenar, Nur Anzalna Md Nasir ingin membantu menyediakan kelengkapan bayi untuk Rumah Anak Yatim Nur Qaseh yang sering dikunjunginya.

Namun, dalam perjalanan kebajikannya itu, beliau ditemukan dengan seorang bayi lelaki comel yang menyentuh nalurinya sebagai seorang ibu.

Iklan

"Kebetulan tanya nak bagi barang, rupanya ada bayi baru di

@rumahanakyatimnurqaseh,” katanya.

Iklan

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, bayi tidak berdosa itu telah diuji dengan perpisahan ketika usianya baru tiga hari.

Ibunya terpaksa melepaskan anak kecil itu bukan kerana tidak menyayanginya, tetapi akibat desakan hidup yang tidak tertanggung.

Lebih memilukan, apabila dia ditinggalkan suami yang memilih untuk bersama wanita lain dengan membiarkan mereka dalam serba kekurangan.

"Berbaur perasaan bila melihat anak kecil yang ditinggalkan oleh ibunya seawal usia tiga hari kerana tidak berkemampuan untuk menjaga, selepas ditinggalkan oleh suami yang pergi kepada betina lain,” tulisnya.

Dalam hantaran lain, Anzalna dengan penuh kasih sayang mendodoikan si kecil itu dalam dakapannya.

Sebagai seorang ibu, beliau hanya mampu berdoa agar anak kecil itu membesar menjadi insan kuat dan soleh, meskipun tanpa dakapan ibu dan bapa.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Mohamad Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Sekadar makluman, Anzalna dikatakan kerap mengunjungi rumah kebajikan itu sejak meraikan ulang tahun kedua anak lelakinya, Eidrees pada tahun 2021.