Teknologi robotik mudahkan pembedahan kanser kolorektal

Iklan

Lebih tepat dan kurang invasif berbanding kaedah tradisional

Kanser kolorektal atau kanser usus besar berkembang apabila jisim sel yang tidak normal berkembang di kolon atau rektum. Di Malaysia, kanser kolorektal adalah kanser pembunuh utama dalam kalangan lelaki sejak 10 tahun lalu, mendahului kanser paru-paru.

Bagi golongan wanita pula, kanser kolorektal adalah kanser kedua paling kerap selepas kanser payudara. Secara keseluruhan, jika kita gabungkan statistik lelaki dan wanita di Malaysia, kanser kolorektal adalah kanser kedua terbesar di negara ini.

DR SHANKAR

Iklan
Iklan

Soalan 1

Apakah faktor risiko utama yang menyumbang kepada peningkatan kes kanser kolorektal?

Iklan

Jawapan: Antara faktor yang boleh menyumbang kepada kanser tersebut termasuklah faktor usia. Kajian menunjukkan, lebih ramai yang berumur 50 tahun ke atas cenderung untuk mengalami perubahan sel yang boleh membawa kepada penyakit berkenaan.

Selain itu, mutasi genetik juga merupakan faktor yang lebih cenderung berlaku dengan peningkatan usia. Namun, terdapat juga kes yang mana ia berlaku pada usia muda, seawal 20-an. Ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik, terutama jika terdapat sejarah keluarga yang mengalami penyakit tersebut.

Iklan

Selain itu, terdapat faktor-faktor lain seperti:-

• Gaya hidup yang tidak sihat

• Merokok

• Pengambilan alkohol

• Obesiti

• Diabetes

• Diet yang rendah serat serta tinggi lemak

DR Shankar bersama hos Doktor Dan Anda, Juliana Ramle.

Soalan 2

Bagaimanakah teknologi pembedahan robotik meningkatkan hasil rawatan bagi pesakit kanser kolorektal berbanding dengan pembedahan konvensional?

Jawapan:

Dalam konteks rawatan, teknologi terkini seperti pembedahan robotik telah menunjukkan hasil yang lebih baik dalam rawatan kanser kolorektal yang mana pembedahannya lebih tepat dan kurang invasif berbanding kaedah tradisional.

Namun, perlu diketahui bahawa robot tidak boleh melakukan pembedahan dengan sendirinya tetapi dikawal oleh pakar. Ramai orang salah faham robot yang akan melakukan pembedahan, tetapi sebenarnya pembedahan robot sama dengan pembedahan laparoskopik, iaitu cara pembedahan minimally invasive surgery.

Pembedahan laparoskopik adalah keadaan pakar bedah itu akan berdiri di samping pesakit untuk menjalankan pembedahan. Bagi robotik pula, pakar akan duduk di bilik yang sama dengan pesakit dan mengawal tangan robot untuk menjalani pembedahan.

Malah, pakar yang mengendalikan pembedahan itu juga telah ditauliahkan dengan menjalani latihan, pengkhususan dan diiktiraf daripada luar negara selama empat atau lima bulan.

Keberhasilan rawatan menggunakan pembedahan robotik dapat dinilai daripada kes-kes yang rumit dan sukar dicapai dengan cara laparoskopik tetapi boleh ditangani oleh tangan robot.

Robotik boleh membuat pembedahan 360 darjah menggunakan tangan robot. Jadi, kawasan pembedahan yang sukar dicapai boleh dibuat menggunakan bantuan robot.

Sama juga dari segi jahitan, robotik juga boleh membuat jahitan di tempat yang sukar untuk dijahit atau dicapai..

Selain itu, kesan parut pembedahan robotik lebih kecil. Hal ini menjadikan kesakitan yang dialami oleh pesakit juga kurang, membolehkan mereka untuk bergerak dan makan dengan lebih cepat. Kesannya, sistem pencernaan dapat bergerak dengan lebih pantas dan pesakit dapat pulang ke rumah dengan lebih awal.

Dari segi ubat-ubatan, pesakit yang menjalani pembedahan robotik tidak perlu mengambil ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama. Pemulihan diet pemakanan mereka juga lebih cepat.

Teknologi pembedahan robotik telah digunakan oleh Pantai Hospital Ayer Keroh.

Pembedahan Robotik di Malaysia

Pantai Hospital Ayer Keroh kini menawarkan pembedahan robotik.

Pembedahan robotik meningkatkan ketepatan pembedahan, menghasilkan insisi yang lebih kecil, pengurangan kehilangan darah, pengurangan kesakitan, dan tempoh pemulihan yang lebih cepat untuk pesakit.

Sistem pembedahan robotik menggabungkan ketepatan robotik dengan kepakaran pakar bedah.

Teknologi pembedahan robotik membolehkan pelaksanaan pelbagai pembedahan invasif minimum dengan ketepatan dan kecekapan yang tiada tandingan, melebihi keupayaan tangan manusia semata-mata.

Dr Shankar menasihatkan semua masyarakat untuk menjalankan ujian saringan, seperti kolonoskopi, apabila anda sudah mencapai usia 50 tahun. Ujian saringan ini penting untuk mengesan masalah lebih awal dan menghindari kanser kolon daripada berlaku. Begitu juga dengan wanita, lakukan ujian saringan seperti mammogram dan pemeriksaan lain. Ujian saringan ini penting untuk mencegah kanser.

KKLIU: 0384 / EXP 31.12.2027