Kompaun RM2000 tak beri kesan? Awas! Kini khidmat masyarakat 12 jam menanti jika sembarangan buang sampah merata-rata

Iklan

BILA berjalan di tempat awam, pastinya anda akan melihat ada sahaja sampah di kanan, kiri, depan dan belakang. Sama ada sedikit atau pun banyak tetap menjadi pandangan yang buruk pada tempat tersebut.

Ramai yang suka makan sambil berjalan kemudian buang sahaja bungkusan makanan di tepi jalan tanpa rasa bersalah. Ada juga yang mempunyai perangai suka buang sampah dari tingkap kereta tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang.

Iklan
Iklan

Walaupun ada tempat yang memberi tindakan denda atau kompaun sebanyak RM1000 dan RM2000 tetapi ia langsung tidak memberi kesan kepada individu yang terlibat. Tidak takut dengan denda yang dikenakan.

Iklan

Disebabkan itu, kerajaan mengambil inisiatif lebih tegas dengan melaksanakan perintah khidmat masyarakat hingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil yang dijangka berkuat kuasa pada tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata ini adalah salah satu langkah terbaik bagi memberi pendidikan dan pengajaran kepada setiap individu bahawa menjaga kebersihan merupakan amanah yang perlu dilaksanakan. Bukan sahaja di tempat awam malah di mana-mana lokasi sekalipun.

Iklan

Selain daripada itu, pelaksanaan undang-undang baru ini bagi memastikan Malaysia kekal indah dan bersih menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dijangka menarik 3.5 juta pelancong.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pelancong supaya mereka memberikan tanggapan yang positif. Buang sampah merata-rata bukan sahaja perangai yang tidak elok malah ia juga memberikan kesan yang buruk kepada alam sekitar. Oleh itu, jangan buang sampah sesuka hati anda.