'Firasat kuat mengatakan anak saya ada di darat...' Pencarian Hud Aryan temui jalan buntu

Iklan

MALAM kelmarin menjadi mimpi ngeri buat Nor Hafifi Saidi, apabila anak tunggalnya, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, hilang dari rumah mereka di Kampung Aira Kuala Tiga, Kelantan.

Iklan
Iklan

Walaupun 36 jam sudah berlalu, namun kelibat si kecil berusia 19 bulan itu masih belum kelihatan.

Namun, hati seorang ayah kuat mengatakan anaknya masih hidup, namun akan keselamatan anak lelakinya yang mengancam nyawa.

Iklan

"Walaupun lebih 36 jam belum ada petunjuk dan masih belum ditemukan, namun hati saya mengatakan anak kesayangan kami masih ada dan hidup. Firasat saya, Hud Aryan berada di darat, bukan di kawasan sungai," luahnya.

Iklan

Sejak kehilangan itu, Nor Hafifi bersama penduduk kampung tidak pernah berputus asa mencari si kecil itu.

Malah, operasi mencari telah dijalankan di setiap sudut anak sungai, kawasan hutan, dan sekitar kawasan rumah, namun semuanya masih menemui jalan buntu.

"Sejak kehilangan anak tunggal kami, saya sendiri turut sama mencari. Kawasan anak sungai, kawasan hutan di tepi rumah, semua saya pergi bersama pasukan penyelamat dan penduduk kampung," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan sejak hari pertama, malah usaha itu diteruskan lagi pagi ini.

Namun, masuk hari ketiga, masih tiada petunjuk yang ditemui berkaitan kesan tapak kaki atau pakaian yang ditinggalkan.

Bagi mempergiatkan pencarian, pasukan SAR memperluaskan operasi dan mengerahkan dua ekor anjing pengesan (K9) dengan harapan ada sinar baharu dalam pencarian hari ini.

Seluruh negara turut sama mendoakan dan menumpang simpati, mengharapkan agar Hud Aryan ditemui secepat mungkin.

Hud Aryan, pulanglah sayang... ibu dan ayah sedang menunggu.