Rakan karib terkenang kata-kata arwah, meninggal dunia selepas rentas desa.'Kami janji nak sampai ke garisan penamat sama-sama'

Iklan

"Sebaik acara larian dimulakan, kami janji nak sampai ke garisan penamat sama-sama, tapi tak sangka dia ‘pergi’ dahulu...”

Iklan
Iklan

ITU luahan penuh sebak rakan karib kepada Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin yang tidak menyangkan perbualan mereka sebelum acara itu menjadi detik terakhir bersama arwah.

Remaja yang dikenali sebagai Putra Hafiz Zaidi itu berkata, mereka begitu bersemangat pada pagi sebelum acara larian itu bermula.

Iklan

Lebih-lebih lagi mereka berdua nekad dengan menyasarkan pingat pada larian sejauh enam kilometer itu berikutan acara itu merupakan aktiviti sukan pertama sejak sesi persekolah dibuka 12 hari yang lalu.

Putra yang kini berusia 16 tahun itu berkata, sebaik sahaja acara dimulakan, Muhammad Haziq telah memecut laju sebelum meninggalkannya.

Iklan

"Memang kami bersemangat dan menyasarkan untuk tiba ke garisan penamat lebih awal daripada pelajar lain, tetapi dia memecut laju meninggalkan saya di belakang," katanya.

Namun ketika sampai di garisan penamat Putra melihat kawannya rebah tidak sedarkan diri sebelum guru bertugas memberikan rawatan kecemasan.

"Bila saya sampai di garisan penamat saya nampak dia rebah tidak sedarkan diri sebelum guru bertugas dan pelajar yang merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sedang memberi rawatan kecemasan,” luahnya.

Sementara itu, abang mangsa, Muhammad Haakimi, 22, berkata, kali terakhir beliau bertemu adiknya pada malam Rabu.

Bagaimanapun adiknya yang merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik itu tidak menunjukkan sebarang petanda atau perubahan sikap.

"Sikapnya macam biasa, cuma dia lebih banyak diam. Saya terkejut bila terima berita yang paling menyedihkan ini dari bapa saya,” katanya hiba," kongsinya.

Jenazah Muhammad Haziq dibawa pulang ke rumah keluarga selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kira-kira jam 9.45 malam semalam.

Sebaik tiba, suasana pilu menyelubungi kediaman apabila kira-kira 300 orang hadir termasuk ahli keluarga, sahabat handai, dan jiran tetangga untuk memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Tunku Sallehuddin, Bandar Puteri Jaya sebelum dikebumikan di tanah perkuburan pekarangan masjid kira-kira jam 10.30 malam.

Al-Fatihah.