Kolaborasi sulung GM Klang, SinarPlus anjur Shoppers Hunt

Iklan

Tawar pengalaman beli-belah unik dengan harga borong

GM Klang, pusat beli-belah borong terkenal, buat julung kalinya berganding bahu dengan SinarPlus dalam menganjurkan acara super happening, Shoppers Hunt-Shoppers Licious: Borong Berbaloi-Baloi!

Acara itu bukan sekadar shopping biasa, tetapi pengalaman membeli-belah yang penuh cabaran, diskaun eksklusif dan hadiah lumayan!

Iklan
Iklan

Eksekutif Komunikasi Jenama GM Klang, Nurul Syazana Johar, berkongsi keterujaan tentang acara ini.

"Kami nak pembeli rasa keseronokan membeli-belah sambil mencabar diri menyelesaikan misi dalam masa 45 minit! Nak buat shopping biasa pun best, apatah lagi bila ada potongan harga eksklusif hingga 20 peratus dan peluang menang hadiah menarik," katanya.

Iklan

Bukan setakat itu sahaja, GM Klang turut berkolaboratif dengan pelbagai kedai borong – dari aksesori wanita, pakaian, barangan rumah hinggalah ke kerepek untuk memberi pengalaman membeli-belah yang luar biasa," jelasnya lagi.

Iklan

Seramai 10 peserta dalam 5 kumpulan diberi cabaran untuk melengkapkan kelengkapan Aidilfitri dengan hanya RM300 tunai serta petunjuk misteri.

Pemenang bakal membawa pulang RM500 tunai dan keputusan diumumkan dalam siaran langsung Borak Bibir Merah pada 3 Mac ini.

Bagi Nurul Syazana, kejayaan penganjuran kali pertama ini adalah permulaan yang positif.

"Kami memang nak teruskan acara ini dengan lebih banyak penyertaan dan lebih banyak kategori produk. Hadiah pun akan dipertingkatkan supaya lebih eksklusif," katanya.

Malah, GM Klang juga berhasrat mengintegrasikan teknologi digital seperti aplikasi mudah alih untuk pengalaman lebih interaktif pada masa hadapan," ungkapnya lagi.

Sasar golongan muda

Sementara itu, Meen Tahrin, Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian dalam ucapannya berkata, Shoppers Hunt diilhamkan untuk golongan muda yang semakin minat berniaga terutama menjelang musim raya.

"Sekarang ini trend orang muda berniaga di media sosial. Dengan Shoppers Hunt, mereka bukan sahaja boleh membeli-belah, tapi juga belajar tentang kelebihan membeli secara borong dan berpotensi jadi usahawan kecil," kongsinya.

Beliau juga berharap program tersebut akan terus berkembang dan mungkin menjadi jenama khas untuk SinarPlus dan Sinar Harian pada masa depan.

"Macam-macam ada di GM Klang! Baju raya, langsir, kuih-muih, semua murah dan berkualiti! Memang puas hati!” - Muhammad Anas Alif, 24 tahun, Pelajar.

"Harga di GM Klang sangat berpatutan. Orang ramai, terutama golongan B40, boleh datang dan shopping dengan bajet yang lebih rendah!”- Muhammad Farhan Zainuddin, 36 tahun, Usahawan Kek.

"Saya tengah pindah rumah, jadi RM300 ni memang membantu! Rasa puas hati dapat shopping di GM Klang.” - Siti Nabilah Syuhada Abdullah, 34 tahun, Penolong Pendaftar Universiti.

"Shopper Hunt ni pengalaman baru yang best! GM Klang luas dan pilihan barangnya memang rambang mata!” - Filzah Insyirah Faizal, 16 tahun, Pelajar.