Bila moden dan tradisi bersatu, Minaz buktikan fesyen sopan tetap stailo, tampil elegan dengan koleksi Seluruh Jiwa

Iklan

KALAU anda fikir fesyen itu sekadar pakaian, Minaz buktikan ia lebih dari itu.

Baru-baru ini, jenama tersebut dengan penuh gaya dan kelas mempersembahkan koleksi terbaharu mereka, Seluruh Jiwa, dalam satu pertunjukan fesyen yang mencuri tumpuan ramai.

Mahu menjadi pelopor kepada fesyen yang mengutamakan aurat wanita, kata Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hafiza Abd Hamid, koleksi baharu itu lebih memberi tumpuan kepada Abaya, hijab dan telekung.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Koleksi tersebut menggabungkan unsur klasik dan moden dengan begitu harmoni, dari potongan yang anggun hingga ke butiran perincian yang halus, setiap helaian direka untuk bercerita.

Sentuhan inovatif menjadikan koleksi ini lebih segar, lebih eksklusif, dan lebih wow!

"Ini tahun terakhir buat Minaz Blooming Raya dan pengenalan kepada Minaz Abaya, Basic dan Telekung.



"Tujuan saya melancarkan Minaz Basic kerana kami mahu mengeksklusifkan aurat para wanita, Insya- ALLAH.

"Dengan ‘direction’ baharu ini saya mengharapkan sokongan daripada Minaz Lovers agar koleksi ini terus mendapat sambutan hangat seperti Blooming Raya yang telah berada di pasaran selama 15 tahun," ungkapnya.

Satu perkara yang koleksi terbaharu itu benar-benar istimewa adalah inklusiviti! Minaz meraikan kecantikan dalam semua bentuk dan saiz.

Tiada stereotaip, tiada batasan—hanya fesyen yang mengangkat keunikan setiap individu.



Dari gaun elegan hingga pakaian kasual yang effortlessly stylish, koleksi ini direka untuk wanita moden yang yakin, berani, dan penuh jiwa!
Ini bukan sekadar pertunjukan fesyen biasa. Ini adalah perayaan seni, budaya, dan ekspresi diri.



Minaz Fashion Show 2025 menjadi pentas penyatuan pencinta fesyen dari seluruh dunia, mempersembahkan rekaan yang bukan sahaja memukau mata tetapi juga menyentuh jiwa.

Warna-warna berani, fabrik berkualiti tinggi, dan per

incian yang teliti—setiap elemen dalam koleksi ini membawa maksud yang mendalam.