'Tahajud, solat hajat & berdoa.' 4 pesalah juvana Sekolah Integriti, Henry Gurney cipta sejarah, cemerlang SPM 8A di sebalik tirai besi

Iklan
portal image (1)

BERADA di sebalik tirai besi tidak menghalang para pesalah juvana meraih kecemerlangan. Lebih mengharukan, pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, buat pertama kalinya empat calon dari Sekolah Integriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) mencipta sejarah mencatat keputusan gred A+, A dan A-, dalam semua mata pelajaran yang diambil!

Dua daripadanya ialah banduan dari Sekolah Integrasi Marang membuktikan kecemerlangan dalam pendidikan mengubah nasib.

Iklan
Iklan

Aiman( bukan nama sebenar), 20, gagal menahan sebak sebaik menerima keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan itu.

Baca juga: Masuk umur 23, keluar 63 tahun, banduan seumur hidup paling lama sujud syukur dibebaskan jadi perhatian warganet

Iklan

Baca juga: Sempat tayang result straight 9A tahun 2005, Dr Say Shazril nasihat SPM permulaan untuk…

Iklan

Sedang menjalani hukuman penjara selama 1 tahun 7 bulan, banduan itu tidak menyangka mendapat keputusan seperti itu walaupun berdepan kesukaran sepanjang menjalani hukuman di sebalik tirai besi.

Biarpun menghadapi pelbagai kekurangan untuk menuntut ilmu di dalam penjara, Aiman tekad berusaha gigih untuk mendapatkan keputusan cemerlang demi mengubah nasib.

Sementara itu seorang lagi pesalah juvana, Asraf (bukan nama sebenar), 20 tahun sebak menerima keputusan SPM yang diumumkan semalam.

Tidak menyangka akan meraih 4A, pemuda itu berkata keptusan yang diperolehi itu adalah hadiah buat kedua ibu bapanya.

Baca juga: [VIDEO] Straight A UPSR hingga SPM, pelajar cemerlang jadi pengawal keselamatan demi rezeki halal

Baca juga: Banduan wanita belajar buat kuih, mahu jual apabila keluar penjara nanti

[caption id="attachment_144889" width="800"] Tangkap layar YouTube Buletin TV3[/caption]

 

Asraf yang sedang menjalani hukuman penjara tujuh tahun tetap berbangga dan bersyukur biarpun keputusan dicarai tidak seperti Aiman.

Pengarah Penjara Marang, Mohamad Jusoh Ismail berkata keputusan peperiksaan kedua-dua mereka membuktikan tiada halangan untuk seseorang untuk berjaya.

"Kami bangga dengan pelajar di sini yang belajar pelbagai dengan kekangan masa. Dengan kemudahan yang terhad mereka boleh mencapai kejayaan.

"Bagaimanapun kejayaan tersebut tidak akan dicapai tanpa dorongan daripada cikgu dan minat sendiri”, katanya.

[caption id="attachment_144885" width="800"] Tangkap layar YouTube Buletin TV3[/caption]

Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Komisioner Hafidz Osman berkata daripada jumlah itu, tiga calon mendapat lapan A dan seorang mendapat enam A.

Menurut Hafidz, kesemuanya yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berusia antara 17 hingga 21 tahun, adalah calon daripada Sekolah Integriti Marang, Terengganu; Sekolah Integriti Kluang, Johor; Sekolah Integriti (SI) Puncak Alam, Selangor dan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.

"Tahun ini terdapat 74 calon SPM dari tujuh SI dan tiga SHG. Daripada jumlah itu, kami mencapai keputusan yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan semua calon lulus atau layak mendapat sijil," katanya.

Hafidz berkata kejayaan yang dilakar itu diperoleh hasil inisiatif dan kerjasama erat antara jabatan dan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menghantar guru-guru terlatih ke Sekolah Integriti dan SHG di seluruh negara.

"Penghuni-penghuni SI dan SHG ini telah mendapat bimbingan secara terus daripada guru yang berkelayakan dari KPM.

"Kebanyakan calon SPM 2023 SI dan SHG adalah lelaki dan mereka ditempatkan di sekolah itu atas pelbagai kesalahan juvana dan penyalahgunaan dadah," katanya.

Ditanya hala tuju calon cemerlang ini, Hafidz berkata pihaknya akan menggalakkan mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi menerusi kerjasama dengan beberapa universiti dan kolej.

"Sebab kita tahu mereka ini anak-anak muda yang mungkin tersasar sedikit dari landasan kehidupan dan kita akan bantu mereka untuk kembali ke landasan yang sebenarnya," katanya.

6 info Sekolah Integriti & Sekolah Henry Gurney

1-Penubuhan Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney adalah untuk menyediakan pendidikan secara formal di institusi penjara dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.

2-Pendidikan di penjara ini disediakan kepada penghuni yang berumur antara 15 hingga 21 tahun.

3-Terdapat dua kumpulan pelajar yang bersekolah iaitu juvana di Sekolah Henry Gurney dan banduan muda di Sekolah Integriti.

4-Bermula pada tahun 2008, enam SI dan dua SHG ditubuhkan bagi memberi peluang kedua kepada juvana dan banduan muda memperbaiki diri dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

5-Sehingga 2017, terdapat lapan buah SI dan empat buah SHG di seluruh negara.

6-SHG diwujudkan pada tahun 1949.Ia awalnya dinamakan Sekolah Akhlak Tertinggi pada tahun 1949 dan ditukar kepada Sekolah Latihan Pemuda pada tahun 1950, seterusnya menjadi Henry Gurney School pada 15 Mei 1950.

Sumber: Buletin TV3 KPM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!