Masuk umur 23, keluar 63 tahun, banduan seumur hidup paling lama sujud syukur dibebaskan jadi perhatian warganet

DIPENJARA dari usia 23 tahun, banduan yang menjalani hukuman seumur hidup akhirnya dibebaskan menjadi perhatian ramai.

Suasana sayu saat menyelubungi Jamil Wahab, 63, dibebaskan daripada tirai besi selepas 40 tahun menghabiskan hayat di dalam tirai besi di Penjara Taiping, Perak.

Tarikh 22 Mac menjadi tarikh keramat buatnya apabila dibebaskan setelah mendapat pengampunan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, 22 Mac lepas.

Tempoh itu menjadikan Jamil yang mesra disapa Pak Jamil Hayat sebagai banduan paling lama di negara ini menerima hukuman.

Baca juga: Tular drama ‘Rindu Kasih,’ rupa-rupanya banduan boleh jaga anak dalam penjara sampai usia 3 tahun

Beberapa hari sebelum tibanya Syawal, pembebasan itu tentunya manis buat Pak Jamil kerana bakal dipulangkan kembali ke kampung halamannya di Sembawa, Indonesia.

Warganet berkongsi pelbagai reaksi yang mana kebanyakannya mahu kisah lelaki itu dijadikan iktibar.

– “Rezeki diberi kesempatan dan peluang. Semoga menjadi iktibar dan dapat menjalani kehidupan dengan baik selepas ini.”

– “Alhamdulillah, selamat berhari raya bersama keluarga di rumah pak. Semoga sihat selalu. Aamiin.”

– “Alhamdulillah syukur boleh merasai nikmat kehidupan dan kebebasan hidup. Semoga beliau di permudahkan segala urusan.”

– “Anugerah Ramadan dan Syawal yang sangat bermakna. Alhamdulillah.”

– “Syukur, boleh kembali ke pangkuan keluarga.”

Baca juga: Pilih mana berkenan, Hotel Impi Yan ketengah konsep bilik ala penjara, lanun, hantu, tatami dan hutan belantara. Cukup unik!

Iklan
Gambar Hiasan (Kredit foto: Freepik)

Jangan keliru antara banduan seumur hayat dan banduan seumur hidup. Ia mungkin kedengaran hampir sama namun jauh bezanya.

Banduan seumur hayat ialah banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat dan tiada tarikh bebas kecuali mereka mendapat pengampunan atau peringanan hukuman dari Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

Manakala banduan seumur hidup ialah yang dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atau 30 tahun.

Berikut info lanjut berkaitan kategori banduan di penjara di Malaysia.

Iklan

Baca juga: Ibu ayah dipenjara, anak 4 tahun maut didera kawan kakak, charger, batang besi, hangerantara dirampas

Sumber: Bernama, Jabatan Penjaran Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.